Moorland Church
Aku berjalan pulang dari kelas perakaunan petang itu, beberapa jam lagi sebelum kalendar hijrah mula bertukar tahun. Kaki melangkah agak pantas hendak mengejar waktu asar yang semakin singkat. Hampir semua orang berjalan laju menuju ke destinasi masing-masing. Ya, budaya positif masyarakat bumi Eropah. Kelihatan beberapa orang yang mengambil posisi masing-masing mengedarkan risalah kepada sesiapa yang lalu berdekatan mereka. Aku tidak terkecuali daripada terambil risalah itu. Kebiasaannya aku tidak akan membaca sehingga habis risalah yang aku dapat namun kali ini agak berbeza. Mata hitam aku menangkap beberapa perkataan penting dalam risalah itu ; ‘free food’ dan Dumbarton Road. Ya, makanan percuma hari ini di kawasan kejiranan aku! Aku gembira sekali memandangkan aku sedang dalam langkah penjimatan sementara menunggu wang bulan hadapan masuk ke dalam perut akaun bank. Tapi, aktiviti ini akan diadakan di dalam gereja Moorland. Aku tidak kisah sangat mengenai salib, kristian dan gereja