Posts

Showing posts with the label BN

PRK N23 DUN CHINI

Image
PRK N23 DUN CHINI  ADUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada awal bulan Mei 2020 akibat serangan jantung. Arwah yang merupakan ADUN Barisan Nasional (BN) menang N23 Chini dalam PRU-14 Mei 2018 yang lalu dengan mendapat 47% undi, mengalahkan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang hanya mendapat 25% undi dan calon Pakatan Harapan (PH) dari parti komponen PKR, Mohamad Razali Ithnain yang kehilangan deposit kerana cuma mendapat 5% undi. Deposit tidak akan dikembalikan jika mendapat jumlah undi yang kurang daripada 12.5% atau satu per lapan daripada jumlah pengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dengan hari pengundian pada 4 Julai. Jumlah pengundi yang telah dikemaskini dengan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2019 ialah seramai 20,990 orang berbanding pada PRU-14 yang lalu seramai 21,251 orang. BN telah menang dengan selesa dan allahyarham telah mempertahankan DUN Chini sejak PRU-11. N23 Chini mempunyai kawasan...

NEGERI YANG DIPANDANG SEPI

Image
NEGERI YANG DIPANDANG SEPI Perlis ialah negeri yang paling kecil di Tanah Melayu. Sekali sahaja saya pernah masuk ke Perlis, itu pun sebab hendak ke Phattalung, Thailand melalui Padang Besar. Kalau tidak, mungkin saya pun tidak pernah datang ke negeri ini. Perlis hanya mempunyai sekitar 260,000 penduduk pada tahun 2019, bersamaan dua kawasan parlimen di Selangor. Perlis mempunyai 15 DUN dengan purata 10,000 orang pengundi di setiap DUN, menjadikannya paling rendah di peringkat Tanah Melayu. Separuh DUN mempunyai kurang daripada 10,000 pengundi dengan N4 Mata Ayer hanya mempunyai 7,600 pengundi. Saya merasakan adalah lebih baik jika pentadbiran di peringkat negeri Perlis digabungkan dengan negeri Kedah sekiranya   boleh mencapai kadar kecekapan dan economies of scale yang lebih baik berbanding Perlis bersendirian. Perlis kekal di bawah BN apabila memenangi dua per tiga atau 10 dari 15 kerusi DUN. Baki 2 ialah PAS dan PKR menguasai baki 3 kerusi. DAP, PBBM dan AMANAH kalah di s...

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Image
MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Kalau ditanya siapakah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, sudah pasti ramai yang tidak kenal. Malah untuk saya yang orang Kajang pun gagal untuk mengenali siapakah YDP Kajang dan ini agak memalukan. ‘Apa benda pula tu YDP Kajang?’ ada juga yang bertanya. Kalau di Shah Alam kita panggil datuk bandar. Apa pula bezanya?  Sekurang-kurangnya yang ada rumah dan perniagaan mestilah kenal majlis perbandaran masing-masing sebab harus bayar cukai pintu. Jadi, apa beza dengan PBT? Sebenarnya, ia hanya berbeza dari sudut istilah. PBT merupakan nama umum bagi Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah. PBT merupakan kerajaaan tempatan, iaitu kerajaan paling asas dalam demokrasi. Sekejap. Kalau PBT merupakan kerajaan demokrasi, kenapa kita tidak mengundi untuk memilih ahli PBT? Sebenarnya, kita mengundi secara tidak langsung melalui pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri yang berhak memilih ahli PBT atau pun lebih disebut sebagai...

PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?

Image
PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?  Hari mengundi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah menyaksikan status quo dikekalkan apabila kerajaan negeri Selangor sebelum itu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) menang besar 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meningkat daripada 44 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan 32 kerusi pada PRU12.   PH di Selangor terbentuk daripada PKR, DAP, PAN dan PBBM. PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbubar apabila terdapat perselisihan faham antara PAS dan DAP. Namun, terdapat sebahagian ADUN PAS yang masih meletakkan kepercayaan kepada pakatan itu lantas membentuk parti serpihan baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka lebih selesa digelar dengan AMANAH, tapi saya eja PAN dalam rencana ini kerana lebih pendek. Keputusan PRU14 negeri Selangor adalah seperti berikut: Parti Kerusi Ditandingi    Menang DA...