ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI
ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI Menurut Jabatan Statistik Malaysia, komposisi kaum di Selangor ialah 60% Melayu, 27% Cina, 12% India dan 1% lain-lain. Manakala agama-agama utama yang menjadi anutan rakyat Selangor ialah Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian. Di kawasan bandar Kajang sahaja terdapat gereja, kuil, tokong, masjid dan gurdwara yang berdekatan antara satu sama lain. Masuk sahaja bandar Kajang, ada kedai India yang menjual bunga segar, Cina yang menjual biskut dalam tin dan Melayu yang menjual sate. Kajang tidaklah semaju saudaranya di Petaling Jaya, Subang Jaya mahupun Shah Alam walaupun jaraknya 20 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Mutakhir ini banyak kedengaran bahawa sekolah-sekolah didominasi satu kaum sahaja. Kalau di pantai timur yang mana komposisi orang Melayunya hampir 100% itu tidak menghairankan kerana memang itu keadaannya. Akan tetapi jika berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Semasa berse...