Posts

Showing posts with the label kajang

ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI

Image
ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI Menurut Jabatan Statistik Malaysia, komposisi kaum di Selangor ialah 60% Melayu, 27% Cina, 12% India dan 1% lain-lain. Manakala agama-agama utama yang menjadi anutan rakyat Selangor ialah Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian. Di kawasan bandar Kajang sahaja terdapat gereja, kuil, tokong, masjid dan gurdwara yang berdekatan antara satu sama lain. Masuk sahaja bandar Kajang, ada kedai India yang menjual bunga segar, Cina yang menjual biskut dalam tin dan Melayu yang menjual sate. Kajang tidaklah semaju saudaranya di Petaling Jaya, Subang Jaya mahupun Shah Alam walaupun jaraknya 20 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Mutakhir ini banyak kedengaran bahawa sekolah-sekolah didominasi satu kaum sahaja. Kalau di pantai timur yang mana komposisi orang Melayunya hampir 100% itu tidak menghairankan kerana memang itu keadaannya. Akan tetapi jika berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Semasa berse...

Pengangkutan Awam di Selangor

Manusia secara asasnya mesti mempunyai kebebasan untuk bergerak. Tanpa kebebasan untuk bergerak, kita tidak dapat pergi menuntut ilmu, berniaga, kerja, melancong dan mendapatkan keperluan harian. Walaupun demikian, kebebasan ini ada batasannya. Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang mengganggu aturan masyarakat seperti merompak dan membunuh, kebebasan bergerak itu wajar ditarik daripada mereka. Kebebasan yang kita miliki menjadi kurang bermakna apabila kemudahan pengangkutan awam yang kurang efisien dan berintegrasi menjadi halangan kepada masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, jumlah masa perjalanan dari bandar Kajang ke pusat bandar Kuala Lumpur (MRT stesen Bukit Bintang) dapat dipendekkan kepada 30 minit. Kadar kekerapan pula ialah setiap 3 minit pada waktu puncak dengan menaiki MRT. Keadaan ini jauh lebih baik kerana di bandar Kajang sahaja terdapat 3 stesen MRT yang memudahkan penduduk sekitar Kajang untuk ke pusat bandar. Hal i...

Pembinaan Pusat Sukan Rakyat Negeri Selangor

Kesedaran rakyat Malaysia mengenai penjagaan kesihatan semakin meningkat. Tinjauan mendapati semakin ramai generasi millenial yang melanggan perkhidmatan gim. Selain itu, semakin ramai juga pakar kesihatan termasuklah para doktor, ahli sukan dan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat mempromosikan gaya hidup sihat serta memberi   nasihat dan tips-tips pemakanan seimbang. Contohnya Dr Rafidah melalui laman sosial twitter-nya sentiasa menyeru agar rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan pinggan suku-suku separuh; suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran/buah-buahan. Begitu juga dengan perkongsian Dr Imelda mengenai gaya hidup sihat untuk para wanita. Perbuatan saling memberi nasihat dan ilmu mengenai penjagaan kesihatan amat bertepatan dengan saranan al-Quran dalam Surah al-A’la ayat 9 yang bermaksud ‘maka berilah peringatan jika peringatan itu membawa kebaikan’. Terdapat 24 zon di bawah kelolalan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Penduduk Kajang pula lebih kura...