Posts

Showing posts with the label pengangkutan awam

CADANGAN TAMBAH BAIK SERVIS BAS SMART SELANGOR

Image
Artikel kali ini akan merumuskan penemuan laporan audit ke atas program Bas Smart Selangor. Cabaran 1 Tidak ada infrastruktur sokongan yang lengkap. Jika ditinjau ke hentian bas, hanya tiang tanda yang disediakan bersama maklumat laluan bas. Rakyat terdedah dengan hujan lebat, terik panas. Lebih-lebih lagi tiada laluan pejalan kaki ke hentian bas. Hentian bas ini pula diletakkan di kawasan yang tidak sesuai seperti simpang keluar, selekoh dan tiada susur bas berhenti. Saya sudah menjenguk ke laman sesawang Smart Selangor dan melihat reka bentuk yang lebih moden untuk pondok hentian bas. Solusi 1 Meningkatkan peruntukan bagi membina pondok bas yang laluan pejalan kaki yang praktikal Cabaran 2 PBT tidak melaksanakan pemantauan berkala ke atas operator oleh kerana kekurangan staff menyebabkan perkhidmatan bas ini terdedah kepada manipulasi oleh operator bas. Solusi 2 Menambah staff atau mendapatkan sistem yang boleh memantau aktiviti operator bas dengan real time data. Kos...

AUDIT BAS SMART SELANGOR 2015-2018

AUDIT BAS SMART SELANGOR  Jabatan Audit Negara (JAN) telah memuat naik laporan audit bagi agensi dan anak syarikat negeri Selangor untuk tahun 2018 Siri 2. Dalam mana-mana audit yang dibuat oleh JAN, terdapat empat jenis pengauditan telah dilakukan iaitu penyata kewangan, pematuhan, prestasi dan pengurusan. Audit dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. JAN akan memberi pendapat sama ada kedudukan kewangan dan penyelenggaraan rekod perakaunan benar, teratur dan dikemas kini. Selain itu, audit juga harus menilai adakah pengurusan kewangan itu mengikut aturan undang-undang berkaitan. Dari sudut prestasi, aktiviti entiti dinilai sama ada cekap, berhemah dan berkesan bagi mencapai objektif entiti tersebut. Akhir sekali, pendapat akan diberikan mengenai pengurusan entiti sama ada diimplementasikan secara teratur atau tidak. Di peringkat negeri, entiti yang mesti diaudit adalah kerajaan negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak ...