Posts

Showing posts with the label bas

CADANGAN TAMBAH BAIK SERVIS BAS SMART SELANGOR

Image
Artikel kali ini akan merumuskan penemuan laporan audit ke atas program Bas Smart Selangor. Cabaran 1 Tidak ada infrastruktur sokongan yang lengkap. Jika ditinjau ke hentian bas, hanya tiang tanda yang disediakan bersama maklumat laluan bas. Rakyat terdedah dengan hujan lebat, terik panas. Lebih-lebih lagi tiada laluan pejalan kaki ke hentian bas. Hentian bas ini pula diletakkan di kawasan yang tidak sesuai seperti simpang keluar, selekoh dan tiada susur bas berhenti. Saya sudah menjenguk ke laman sesawang Smart Selangor dan melihat reka bentuk yang lebih moden untuk pondok hentian bas. Solusi 1 Meningkatkan peruntukan bagi membina pondok bas yang laluan pejalan kaki yang praktikal Cabaran 2 PBT tidak melaksanakan pemantauan berkala ke atas operator oleh kerana kekurangan staff menyebabkan perkhidmatan bas ini terdedah kepada manipulasi oleh operator bas. Solusi 2 Menambah staff atau mendapatkan sistem yang boleh memantau aktiviti operator bas dengan real time data. Kos...

Pengangkutan Awam di Selangor

Manusia secara asasnya mesti mempunyai kebebasan untuk bergerak. Tanpa kebebasan untuk bergerak, kita tidak dapat pergi menuntut ilmu, berniaga, kerja, melancong dan mendapatkan keperluan harian. Walaupun demikian, kebebasan ini ada batasannya. Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang mengganggu aturan masyarakat seperti merompak dan membunuh, kebebasan bergerak itu wajar ditarik daripada mereka. Kebebasan yang kita miliki menjadi kurang bermakna apabila kemudahan pengangkutan awam yang kurang efisien dan berintegrasi menjadi halangan kepada masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, jumlah masa perjalanan dari bandar Kajang ke pusat bandar Kuala Lumpur (MRT stesen Bukit Bintang) dapat dipendekkan kepada 30 minit. Kadar kekerapan pula ialah setiap 3 minit pada waktu puncak dengan menaiki MRT. Keadaan ini jauh lebih baik kerana di bandar Kajang sahaja terdapat 3 stesen MRT yang memudahkan penduduk sekitar Kajang untuk ke pusat bandar. Hal i...