Posts

Showing posts with the label bus

BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR

Image
BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR Kerajaan Persekutuan melalui badan statutori Iskandar Region Development Authority (Irda) atau bahasa Melayunya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Badan berkanun ini dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Fungsi Irda ialah mengurus pelaburan dan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia di Johor. Ia dinamakan Iskandar sempena nama Sultan Johor ke-24, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Wilayah Iskandar Malaysia merangkumi sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Pengerang, Kluang dan Simpang Renggam. Populasi rakyat di Iskandar Malaysia dijangka mencecah sehingga tiga juta penduduk pada tahun 2025, lebih kurang separuh daripada keseluruhan penduduk Selangor. Projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) telah dilancarkan pada tahun 2017 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang terdiri ...

CADANGAN TAMBAH BAIK SERVIS BAS SMART SELANGOR

Image
Artikel kali ini akan merumuskan penemuan laporan audit ke atas program Bas Smart Selangor. Cabaran 1 Tidak ada infrastruktur sokongan yang lengkap. Jika ditinjau ke hentian bas, hanya tiang tanda yang disediakan bersama maklumat laluan bas. Rakyat terdedah dengan hujan lebat, terik panas. Lebih-lebih lagi tiada laluan pejalan kaki ke hentian bas. Hentian bas ini pula diletakkan di kawasan yang tidak sesuai seperti simpang keluar, selekoh dan tiada susur bas berhenti. Saya sudah menjenguk ke laman sesawang Smart Selangor dan melihat reka bentuk yang lebih moden untuk pondok hentian bas. Solusi 1 Meningkatkan peruntukan bagi membina pondok bas yang laluan pejalan kaki yang praktikal Cabaran 2 PBT tidak melaksanakan pemantauan berkala ke atas operator oleh kerana kekurangan staff menyebabkan perkhidmatan bas ini terdedah kepada manipulasi oleh operator bas. Solusi 2 Menambah staff atau mendapatkan sistem yang boleh memantau aktiviti operator bas dengan real time data. Kos...

Pengangkutan Awam di Selangor

Manusia secara asasnya mesti mempunyai kebebasan untuk bergerak. Tanpa kebebasan untuk bergerak, kita tidak dapat pergi menuntut ilmu, berniaga, kerja, melancong dan mendapatkan keperluan harian. Walaupun demikian, kebebasan ini ada batasannya. Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang mengganggu aturan masyarakat seperti merompak dan membunuh, kebebasan bergerak itu wajar ditarik daripada mereka. Kebebasan yang kita miliki menjadi kurang bermakna apabila kemudahan pengangkutan awam yang kurang efisien dan berintegrasi menjadi halangan kepada masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, jumlah masa perjalanan dari bandar Kajang ke pusat bandar Kuala Lumpur (MRT stesen Bukit Bintang) dapat dipendekkan kepada 30 minit. Kadar kekerapan pula ialah setiap 3 minit pada waktu puncak dengan menaiki MRT. Keadaan ini jauh lebih baik kerana di bandar Kajang sahaja terdapat 3 stesen MRT yang memudahkan penduduk sekitar Kajang untuk ke pusat bandar. Hal i...