BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR

BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR

Kerajaan Persekutuan melalui badan statutori Iskandar Region Development Authority (Irda) atau bahasa Melayunya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Badan berkanun ini dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Fungsi Irda ialah mengurus pelaburan dan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia di Johor. Ia dinamakan Iskandar sempena nama Sultan Johor ke-24, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Wilayah Iskandar Malaysia merangkumi sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Pengerang, Kluang dan Simpang Renggam. Populasi rakyat di Iskandar Malaysia dijangka mencecah sehingga tiga juta penduduk pada tahun 2025, lebih kurang separuh daripada keseluruhan penduduk Selangor.

Projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) telah dilancarkan pada tahun 2017 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang terdiri daripada bas kepada lebih kurang 90% penduduk Iskandar Malaysia. Projek bernilai RM2.56 billion ini dijangka siap pada tahun 2022. RM1 billion diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan manakala selebihnya datang dari sektor swasta. Rudyanto Azhar, yang merupakan Ketua Projek IMBRT juga merupakan Pengarah Irda. Beliau mempunyai pengalaman sebagai CEO Prasarana dan Ketua MRT Corp.

Terdapat tiga kesan buruk utama yang rakyat Iskandar Malaysia akan hadapi jika tiada apa-apa yang dilakukan bagi mengatasi permasalahan pengangkutan awam. Pertama, akses rakyat kepada pengangkutan awam akan menurun dari 39% kepada 14%. Jalan raya pula akan menghadapi kesesakan tiga kali lebih teruk. Ketiga, modal share akan menurun dari 15% kepada 10%. Modal share ialah peratusan mereka yang menggunakan pengangkutan awam berbanding jumlah pengangkutan awam dan persendirian.

IMBRT yang siap nanti akan menjadi tulang belakan kepada mod pegangkutan rakyat di Iskandar Malaysia. Laluan BRT akan menggunakan bas berkapasiti tinggi dengan laluan khas untuk BRT. Sistem pembelian tiket pula adalah bersifat prabayar serta harga yang mesra rakyat. Dengan laluan BRT yang lebih menyeluruh, ianya bakal menyingkatkan masa perjalanan. Irda menyasarkan akses rakyat kepada pengangkutan awam untuk meningkat daripada 39% kepada 90%, satu jumlah yang sangat ambitious. Modal share pula akan dijangka untuk meningkat daripada 15% kepada 40%. Laluan pejalan kaki, laluan basikal dan sistem basikal kongsi juga akan dibangunkan di jajaran IMBRT di hentian BRT yang tidak membenarkan penggunaan penggunaan kenderaan bermotor.

Pelan dan usaha bagi memperoleh tanah bagi pembangunan, mendapatkan khidmmat konsultan, pembinaan infrastruktur, memilih operator bas dan mengurus pemegang taruh adalah perkara penting yang harus diambil kira bagi memastikan projek ini siap dengan sempurna. Komunikasi, promosi, amalan tender terbuka juga wajar diberikan perhartian.

Terdapat 3 laluan utama sepanjang 51 kilometer yang akan disokong oleh 42 laluan feeder dan 26 laluan direct. Bilangan stesen di Tebrau ialah 19, Skudai 13 dan Iskandar Puteri 7. Kewujudan laluan feeder dan laluan direct adalah bagi memastikan rakyat boleh ke destinasi yang hendak dituju tanpa perlu menaiki kenderaan persendirian. Ini bertepatan dengan konsep first and last mile yang merupakan satu faktor penarik bagi rakyat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih kerap. Laluan feeder akan menghubungkan kawasan perumahan dan tempat kerja ke stesen BRT sepanjang 5km radius dari stesen BRT. Laluan direct pula ialah lauan yang mempunyai sedikit hentian bas,mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kemudahan park and ride.

Stesen BRT yang dibina akan dihubungkan juga dengan laluan kereta api Gemas-JB Sentral yang akan mula beroperasi pada tahun 2022, stesen High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan KL-Singapura, sistem Rapid Transit System (RTS) yang akan siap pada 2024, Imigresen CIQ JB dan lapangan terbang antarabangsa Senai.

Atas semangat Persekutuan antara Putrajaya dengan kerajaan negeri, sistem pengangkutan awam yang efisien, boleh harap dan diyakini rakyat mampu untuk kita laksanakan setaraf dengan negara-negara maju di Eropah dan jiran terdekat kita, Singapura. Malaysia Boleh! Selepas selesai, pihak kerajaan boleh fokus pada bas elektrik dan tanpa pemandu.





Sumber-sumber gambar diambil daripada pembentangan pihak Irda. Klik  Link  bagi tahu dengan lebih lanjut.




Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement