MARA KETENGAH International College

24/10/2014 jumaat 1430

Aku penuntut MARA KETENGAH International College (MKIC) first batch dari Julai 2013 sampai Jun 2015. Buat program A-Level Cambridge. Dua tahun. Nama International tapi pelajar semua Melayu dan Bumiputera sahaja. Aku diberitahu nama asal ialah Kolej MARA KETENGAH. Siapalah yang pandai-pandai tukar nama menjadi MKIC. Tidak lama mana pun. Pejam celik pejam celik sekarang sudah Semester 3.  Dan sampai sekarang aku tak sangka dapat survive dengan subjek Accounting dan Economics.

Aku ada sejarah hitam dengan buku ni. Adik-adik jangan beli yaa!!

Semasa memohon Pinjaman Pelajaran MARA, aku pilih Sains Gunaan dan Bioteknologi di KMB. Takdir Allah, aku tak dapat apa yang aku nak. MARA menyah aku. Kecewa. Lara. Tapi sampai bila? Aku pun buat rayuan. Alhamdulillah dapat tapi bidang Accounting di MKIC dalam Bandar al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu. 

Ini asrama. Campur muslimin dan muslimat ala UK. Hutan? Ya!


Aku pun asalnya tak kisah sangat bidang apa. Biasalah tak ada cita-cita. Yang penting dapat berkhidmat kepada masyarakat dan negara sebab manusia yang paling baik itu ialah manusia yang bermanfaat kepada masyarakat.

Aku tak sangka MKIC betul-betul sepadan dengan mottonya ;

‘Significant learning in natural environment.’

MKIC ada dalam ceruk hutan yang paling dalam. Buat pengetahuan umum, AMBS ialah salah satu kawasan bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Semua jenis binatang dan tumbuhan hutan hujan tropika ada kat sini. Gajah,babi hutan, harimau, beruang, ular, kala jengking, enggang, serangga aneh. Pokok yang dah ratusan tahun pun ada.

Aku dan Arami pernah pergi ke hutan. Bosan hari minggu dalam MKIC kalau tak ada aktiviti sendiri.  Kitorang dah separuh jalan kat atas bukit. Arami penat. Lagipun  matahari terik. Tengah hari hutan tropika. Boleh bayang. Kitorang pun patah balik hehe.

Ini laluan yang biasa dilalui untuk jungle trekking

MKIC ialah kolej MARA yang diuruskan secara korporat oleh pihak MARA Excellent Ventures (MEX). MEX ialah salah satu daripada anak syarikat MARA. MKIC beroperasi di bangunan yang disewa kepunyaan KETENGAH. Yuran pengajian agak mahal setanding dengan KYUEM sebanyak RM65000.

Infrastruktur KYUEM dan MKIC sangatlah jauh berbeza. Banyak yang tidak cukup. Aku bukan anak manja yang hendak kemewahan setiap saat, tapi sangat tak berbaloi. RM65000 duit aku. Pinjaman MARA.

‘And do not eat up your property among yourselves for vanities, nor use it as bait for the judges, for intent that ye may eat up wrongfully and knowingly a little of other people’s property.’
al-Baqarah verse 188.

Madam Amirah kata, terimalah dengan hati terbuka. Madam betul. Aku nak fokus kat study A-Level. Moga batch selepas ini disediakan kemudahan setaraf yuran RM65000.

Awal-awal sangat sunyi. Biasalah penuntut pun cuma 96 orang. Sekarang dah ade Juniors (JJ) maka penuntut dah 250 orang. Tahun pertama aku sempat saksikan empat orang lectures yang disingkirkan atas justifikasi tidak competent di tempat kerja.
Mulanya aku sedih gak sebab Madam Intan and Miss Fatihah ajar aku tapi aku sedar itulah dunia kerjaya. Kena pandai nak survive. Kita bukan orang atas, bos tak nak, buang aje lah. Kan?

‘Manusia merancang Allah juga  merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang.’


Aku dapat tahu lecturers MARA pun kena tarik balik. Maksudnya, MEX kena usaha cari kakitangan sendiri. Berlinang air mata aku. Madam Ain lah satu-satunya manusia di Bumi ini yang berjaya buatkan aku minat Maths. Tanpa Madam Ain, maths hanyalah sekadar maths. Tapi, Allah gantikan dengan lecturers yang lain. Alhamdulillah mereka pun bagus. Cuma, lecturers maths lambat sebulan masuk dan agak kucar-kacir sikit sebab dah menyimpang dari planner asal.






Comments

  1. Boleh saya tahu, lepas tamat buat A-level ni, mara hantar fly ke universiti mana? Dan bagus ke amik programme ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on borang perjanjian mara, macam aku mara hantar Uk, maaf lambat reply. Bagus je program ni, mcm STPM.

      Delete
  2. assalammualaikum...nak tanya kenapa buku economic fifth edition tu ada sejarah hitam kat saudara yer.....???terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku tu tak digunakan untuk silibus A-Level tapi habis ratus ringgit terbeli.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. does RM65000 tu yuran yg student kena bayar ke?? o_o

    ReplyDelete
  6. Walaupun nama International (tujuan ke obersee), sbb MARA punya mesti la utk Melayu & Bumiputera. iiish2..Yg ni pn x tau ka?. Dh ambik A-level, balik dr UK dh pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement