MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Kalau ditanya siapakah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, sudah pasti ramai yang tidak kenal. Malah untuk saya yang orang Kajang pun gagal untuk mengenali siapakah YDP Kajang dan ini agak memalukan. ‘Apa benda pula tu YDP Kajang?’ ada juga yang bertanya. Kalau di Shah Alam kita panggil datuk bandar. Apa pula bezanya? Sekurang-kurangnya yang ada rumah dan perniagaan mestilah kenal majlis perbandaran masing-masing sebab harus bayar cukai pintu. Jadi, apa beza dengan PBT? Sebenarnya, ia hanya berbeza dari sudut istilah. PBT merupakan nama umum bagi Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah. PBT merupakan kerajaaan tempatan, iaitu kerajaan paling asas dalam demokrasi. Sekejap. Kalau PBT merupakan kerajaan demokrasi, kenapa kita tidak mengundi untuk memilih ahli PBT? Sebenarnya, kita mengundi secara tidak langsung melalui pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri yang berhak memilih ahli PBT atau pun lebih disebut sebagai...