Posts

Showing posts with the label malaysian malaysia

MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 JUGA YANG PERTAMA..

Image
MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 Dalam PRU-14, DAP berjaya memperoleh semua 16 kerusi yang dipertandingkan daripada jumlah 56 kerusi. Ini menjadikan DAP mempunyai 29% kerusi, parti komponen kerajaan terbesar di Selangor selepas PKR yang memegang sebanyak 32% atau 18 kerusi manakala AMANAH mempunyai 8 kerusi DUN. Ini menjadikan jumlah kerusi Pakatan Harapan sebanyak 42 daripada 56 kerusi atau 75%  keseluruhan DUN, lebih daripada 2/3 majoriti. Selangor merupakan negeri yang berbilang kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu 60%, Cina 27% dan India 12% manakala lain-lain 1%. Namun begitu, jawatan Menteri Besar Selangor sebagai ketua kerajaan negeri sejak 1947 seramai 16 orang terdiri daripada lelaki, Melayu dan Muslim. Belum pernah kita dapat merasai pentadbiran diketuai oleh seorang wanita, hindu/buddha/kristian atau cina/india. Sudah tiba masa untuk kita mengambil kira masyarakat yang rencam sosio-demografi-ekonomi bagi meraikan kepelbagaian yang kita punyai ini. Syarikat multinasio...

DEMOKRASI DALAM PENGURUSAN BANDAR

Image
DEMOKRASI DALAM PENGURUSAN BANDAR  Hai semua, dalam rencana kali ini kita akan berbincang mengenai mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) setelah dimansuhkan pada tahun 1965 apabila negara berdepan dengan darurat konfrontasi Indonesia. Terdapat segelintir pihak yang menentang pilihan raya PBT kerana akan dikhuatiri mengakibatkan ketegangan kaum apabila sesuatu bandar itu dikuasai oleh satu kaum sahaja. Pada saya hal ini tidak seharusnya menjadi kerisauan kerana kita sudah pun mempunyai pilihan raya di peringkat negeri dan persekutuan. Situasi yang ada sekarang ialah menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, ahli majlis PBT dilantik oleh kerajaan negeri. Ini menunjukkan bahawa demokrasi PBT wujud melalui pilihan raya di peringkat negeri secara tidak langsung. Apakah peranan ahli majlis yang ada dalam kerajaan paling asas di Malaysia ini? Antaranya ialah: ·        menyediakan bajet tahunan PBT ·  ...

PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?

Image
PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?  Hari mengundi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah menyaksikan status quo dikekalkan apabila kerajaan negeri Selangor sebelum itu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) menang besar 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meningkat daripada 44 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan 32 kerusi pada PRU12.   PH di Selangor terbentuk daripada PKR, DAP, PAN dan PBBM. PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbubar apabila terdapat perselisihan faham antara PAS dan DAP. Namun, terdapat sebahagian ADUN PAS yang masih meletakkan kepercayaan kepada pakatan itu lantas membentuk parti serpihan baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka lebih selesa digelar dengan AMANAH, tapi saya eja PAN dalam rencana ini kerana lebih pendek. Keputusan PRU14 negeri Selangor adalah seperti berikut: Parti Kerusi Ditandingi    Menang DA...