PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?
PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?
Hari mengundi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah menyaksikan status quo dikekalkan apabila kerajaan negeri Selangor sebelum itu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) menang besar 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meningkat daripada 44 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan 32 kerusi pada PRU12. PH di Selangor terbentuk daripada PKR, DAP, PAN dan PBBM.
PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbubar apabila terdapat perselisihan faham antara PAS dan DAP. Namun, terdapat sebahagian ADUN PAS yang masih meletakkan kepercayaan kepada pakatan itu lantas membentuk parti serpihan baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka lebih selesa digelar dengan AMANAH, tapi saya eja PAN dalam rencana ini kerana lebih pendek.
Keputusan PRU14 negeri Selangor adalah seperti berikut:
Parti
|
Kerusi Ditandingi
|
Menang
|
DAP
|
14
|
14
|
PKR
|
28
|
28
|
PAN
|
7
|
5
|
PBBM
|
7
|
4
|
BN
|
56
|
4
|
PAS
|
47
|
1
|
PRM
|
13
|
0
|
PSM
|
4
|
0
|
PAP
|
2
|
0
|
BEBAS
|
10
|
0
|
BN telah menggunakan seluruh jenteranya dengan meletakkan calon di setiap DUN bagi mengambil alih negeri paling kaya di Malaysia yang telah terlepas kepada PR sejak PRU12 pada tahun 2008.
PAS juga meletakkan jumlah calon yang mampu untuk membentuk kerajaan jika memenangi semua kerusi. Namun, daripada 47 kerusi yang ditandingi, PAS cuma memenangi satu kerusi di Sinjangkang apabila calon PAS Ahmad Yunus Hairi mengalahkan calon UMNO dan PBBM dengan peratusan undi sebanyak 32.2%, berbanding UMNO (26.4%) dan PBBM (27.9%).
PRU14 menunjukkan penerusan trend sejak PRU12 di mana para pengundi tidak berminat dengan calon bebas dan parti-parti kecil apabila Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), People’s Alternative Party (PAP) dan calon bebas kalah semua kerusi yang ditandingi dan sebahagian daripada mereka kehilangan wang deposit.
Walaupun PH memenangi 51 buah kerusi, tidak bermakna PH boleh terus selesa dengan situasi ini apabila 47% atau 24 kerusi dimenangi dengan jumlah undi kurang daripada 50%. Kerusi-kerusi di kawasan ini mendapat kelebihan pertandingan tiga penjuru (atau lebih) yang menyaksikan PH menentang BN dan PAS sebagai parti lawan yang signifikan. Hai yang sama mungkin tidak akan berlaku di PRU15 nanti apabila PAS dan BN bergabung.
Bagaimana pula dengan prestasi PRU14 bagi DAP? Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kesamarataan kaum dan agama dengan konsep Malaysia untuk orang Malaysia (Malaysian Malaysia), sudah tentu DAP sukar untuk menembusi kerusi-kerusi yang majoritinya adalah dalam kalangan Melayu yang berpegang teguh dengan agenda ketuanan Melayu. Jadual berikut menunjukkan keputusan PRU14 DAP:
Kod
|
DUN
|
% UNDI DAP
|
% KOMPOSISI KAUM
| ||
MELAYU
|
CINA
|
INDIA
| |||
N4
|
Sekinchan
|
43
|
44
|
53
|
3
|
N6
|
Kuala Kubu Baharu
|
48
|
44
|
34
|
22
|
N22
|
Teratai
|
66
|
30
|
62
|
9
|
N23
|
Dusun Tua
|
46
|
62
|
28
|
10
|
N27
|
Balakong
|
68
|
29
|
61
|
10
|
N28
|
Seri Kembangan
|
80
|
9
|
82
|
9
|
N31
|
Subang Jaya
|
75
|
28
|
58
|
14
|
N34
|
Bukit Gasing
|
67
|
16
|
67
|
17
|
N35
|
Kampung Tunku
|
71
|
14
|
75
|
11
|
N36
|
Bandar Utama
|
75
|
16
|
74
|
10
|
N45
|
Bandar Baru Klang
|
77
|
15
|
71
|
14
|
N47
|
Pandamaran
|
72
|
15
|
65
|
20
|
N50
|
Kota Kemuning
|
61
|
41
|
33
|
26
|
N52
|
Banting
|
71
|
18
|
59
|
23
|
Jadual menunjukkan prestasi DAP yang cemerlang apabila memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di DUN Selangor. Walaupun pada awalnya saya tidak berminat untuk meletakkan komposisi kaum kerana ia melambangkan perpecahan sebagai rakyat Selangor yang berbilang kaum, namun melihat kepada landskap politik perkauman dan agama di negara ini, adalah penting untuk berpijak pada realiti dan mengambil kira faktor kaum dan agama dalam pemerhatian.
Kawasan yang agak tinggi populasi Melayu seperti Dusun Tua (62%), Sekinchan (44%) dan Kuala Kubu Baharu (44%) menunjukkan undi kemenangan kepada DAP yang agak rendah, berada di bawah 50%.
Selebihnya di 11 kerusi yang lain DAP menunjukkan kemenangan dengan margin yang selesa apabila mendapat undi melebihi 60%. 10 daripada 11 kawasan ini mempunyai populasi Melayu yang kurang daripada 30%. Pengecualian ke atas Kota Kemuning apabila mempunyai komposisi Melayu sebanyak 41%.
Ini menunjukkan sentimen ketuanan Melayu dan propaganda DAP sebagai sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam memainkan peranan yang penting di hampir semua kawasan yang ditandingi. Ini kerana, semakin tinggi komposisi kaum Melayu dalam sesebuah DUN, semakin rendah nilai undi yang DAP dapat.
Walaupun DAP sentiasa berpegang dengan pendirian sebagai parti pelbagai kaum, jadual di bawah menunjukkan calon DAP di Selangor:
Kod
|
DUN
|
Nama Calon
|
Kaum Calon
|
3 Penjuru?
|
Jantina
|
N4
|
Sekinchan
|
Ng Suee Lim
|
Cina
|
YA
|
L
|
N6
|
Kuala Kubu Baharu
|
Lee Kee Hiong
|
Cina
|
YA
|
P
|
N22
|
Teratai
|
Lai Wai Chong
|
Cina
|
YA
|
L
|
N23
|
Dusun Tua
|
Edry Faizal Eddy Yusof
|
Melayu
|
YA
|
L
|
N27
|
Balakong
|
Ng Tien Chee
|
Cina
|
YA
|
L
|
N28
|
Seri Kembangan
|
Ean Yong Hian Wah
|
Cina
|
TIDAK
|
L
|
N31
|
Subang Jaya
|
Michelle Ng Mei Sze
|
Cina
|
YA
|
P
|
N34
|
Bukit Gasing
|
Rajiv Rishyakaran
|
India
|
YA
|
L
|
N35
|
Kampung Tunku
|
Lim Yi Wei
|
Cina
|
TIDAK
|
P
|
N36
|
Bandar Utama
|
Jamaliah Jamaluddin
|
Melayu
|
YA
|
P
|
N45
|
Bandar Baru Klang
|
Teng Chang Khim
|
Cina
|
TIDAK
|
L
|
N47
|
Pandamaran
|
Leong Tuck Chee
|
Cina
|
YA
|
L
|
N50
|
Kota Kemuning
|
Ganabatirau Veraman
|
India
|
YA
|
L
|
N52
|
Banting
|
Lau Weng San
|
Cina
|
YA
|
L
|
10 daripada 14 atau 72% calon DAP di DUN Selangor ialah dari kaum Cina manakala calon Melayu dan India mempunyai komposisi yang sama berjumlah 28%. Hal ini bukanlah merupakan sesuatu yang dapat dielakkan dengan mudah apabila parti komponen lain dalam PH majoritinya terutamanya PAN dan PBBM meletakkan semua calon daripada kaum Melayu. Ini menyebabkan DAP tidak mahu tidak meletakkan calon bukan Melayu yang lebih ramai. Hal ini tidaklah bertentangan dengan pendirian DAP sebagai parti pelbagai kaum, namun dengan representasi kaum yang tidak seimbang ini menyebabkan DAP sentiasa dianggap sebagai parti orang cina, lebih-lebih lagi jika bergerak bersendirian.
Salah satu cara bagi memenangi hati pengundi Melayu ialah ahli politik DAP mesti menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Apabila saya katakan fasih, ia bukanlah bererti bahasa baku, namun boleh berbicara dengan nada yang tidak formal persis bunyi orang Melayu.
Tambahan lagi, tingkatkan juga penggunaan bahasa Inggeris berbanding Mandarin kerana ia juga merupakan bahasa yang dipelajari oleh semua kaum di Malaysia sejak sekolah rendah lagi. Lebih-lebih lagi Sarawak telah pun mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri selepas bahasa Melayu. Manakala tidak semua orang Malaysia boleh memahami bahasa Mandarin. Malahan sebahagian kenalan cina saya juga tidak pandai bertutur dalam Mandarin.
Selain itu, kaum Melayu juga ingin memastikan bahawa hak mereka sebagai orang Melayu yang beragama Islam terpelihara dari sudut perlembagaan dan undang-undang. Ini kerana DAP yang membawa konsep Malaysian Malaysia sering dimomokkan sebagai membawa agenda pluralisme, sekularisme, liberalisme dan kristianisasi. Walaupun isu ini agak sensitif kerana DAP menyatakan Malaysia ialah sebuah negara sekular dan membawa konsep kesamarataan, ini juga bererti DAP akan melindungi hak semua kaum dan agama termasuklah Melayu dan Islam. Apa yang DAP cuba bawakan ialah identiti rakyat yang mengutamakan diri mereka sebagai rakyat Malaysia.
Dari sudut kesamarataan gender, 72% calon DAP ialah lelaki dan selebihnya 28% ialah wanita. Mungkin faktor ini tidak begitu menarik perhatian ramai walaupun saya merasakan sebolehnya calon lelaki dan wanita itu seimbang. Nisbah lelaki dan perempuan di Malaysia adalah lebih kurang sama dan sewajarnya 50% calon lelaki dan 50% calon wanita adalah lebih adil, walaupun perlu diakui bahawa kelayakan dan keperluan masih perlu memainkan peranan utama.
Senarai di bawah merupakan kerusi yang PAS+BN MAMPU KEKALKAN dan yang MUNGKIN PH HILANG jika PAS dan BN bersatu pada PRU15 kerana PH MENANG DENGAN MAJORITI TIPIS pada PRU14:
Kod
|
DUN
|
% Undi PAS+BN
|
% Undi PH
|
Komponen PH yang bertanding PRU14
|
Menang PRU14
|
N1
|
Sungai Air Tawar
|
58
|
24
|
PBBM
|
BN
|
N2
|
Sabak
|
53
|
28
|
PKR
|
PKR
|
N3
|
Sungai Panjang
|
57
|
28
|
PAN
|
BN
|
N4
|
Sekinchan
|
41
|
43
|
DAP
|
DAP
|
N5
|
Hulu Bernam
|
47
|
36
|
PAN
|
BN
|
N7
|
Batang Kali
|
42
|
44
|
PBBM
|
PBBM
|
N8
|
Sungai Burong
|
63
|
22
|
PBBM
|
BN
|
N9
|
Permatang
|
46
|
40
|
PKR
|
PKR
|
N10
|
Bukit Melawati
|
44
|
42
|
PKR
|
PKR
|
N11
|
Ijok
|
47
|
39
|
PKR
|
PKR
|
N12
|
Jeram
|
52
|
36
|
PKR
|
PKR
|
N13
|
Kuang
|
48
|
37
|
PBBM
|
PBBM
|
N15
|
Taman Templer
|
42
|
42
|
PAN
|
PAN
|
N17
|
Gombak Setia
|
41
|
44
|
PKR
|
PKR
|
N26
|
Sungai Ramal
|
42
|
45
|
PKR
|
PKR
|
N43
|
Sementa
|
46
|
40
|
PKR
|
PKR
|
N44
|
Selat Klang
|
53
|
30
|
PKR
|
PKR
|
N51
|
Sijangkang
|
59
|
28
|
PBBM
|
PAS
|
N53
|
Morib
|
51
|
34
|
PAN
|
PAN
|
N54
|
Tanjong Sepat
|
47
|
41
|
PKR
|
PKR
|
N55
|
Dengkil
|
45
|
42
|
PBBM
|
PBBM
|
Melalui jadual di atas, Muafakat Nasional dijangka mendapat 21 kerusi jika bertanding pada PRU15 dengan menggunakan trend yang memihak kepada PH pada PRU14 di mana calon BN dan PAS hanya memenangi 5 kerusi. Pada waktu itu, ianya penuh dengan semangat reformasi dan membawa 1MDB ke muka pengadilan sebagai faktor utama rakyat menolak BN, berbeza dengan keadaan sekarang yang mana kaum Melayu ramai lebih selesa dengan politik identiti.
Jika rakyat semakin penat dengan pimpinan PH yang sentiasa berebut kuasa, retorik negara tidak punya wang dan kurang wajah-wajah baru yang berkaliber bagi mentadbir negara, maka dijangka Muafakat Nasional akan memenangi lebih banyak kerusi lebih-lebih lagi di kawasan majoriti Melayu yang termakan dengan modal politik identiti ketuanan Melayu. Perlu diingat bahawa trend pengundi akan mengundi parti yang sama untuk kerajaan negeri dan persekutuan walaupun agenda dan situasinya adalah berbeza. Sebahagian rakyat akan dipengaruhi oleh isu-isu nasional bagi membuat keputusan untuk mengundi di peringkat negeri.
Terdapat 37 kerusi yang mempunyai majoriti orang Melayu. PH tidak boleh ambil mudah dengan pembawaan politik identiti Muafakat Nasional. Senario terburuk bagi PH ialah Muafakat Nasional memenangi kesemua 37 kerusi yang mempunyai majoriti orang Melayu.
Walaupun demikian, terdapat 15 DUN yang mana merupakan majoriti Melayu namun masih memihak kepada PH dengan majoriti undi yang agak selesa. DUN tersebut ialah Sungai Tua, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Semenyih, Seri Serdang, Seri Setia, Taman Medan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Pelabuhan Klang dan Sungai Kandis.
Selagi mana kerajaan negeri Selangor sekarang ini mampu untuk menawarkan polisi yang inklusif dan belanjawan yang menyeluruh, dibantu dengan jentera komunikasi, kemungkinan untuk mematahkan agenda dan retorik ketuanan Melayu adalah tinggi di kawasan-kawasan ini. Namun, perkara yang sama tidak dapat dijamin di baki 22 lagi DUN yang mempunyai majoriti Melayu.
Berdasarkan jadual di atas juga, jadual di bawah merupakan ramalan jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh setiap parti pada PRU15 akan datang berdasarkan situasi semasa rencana ini ditulis:
PARTI
|
Kerusi Ditandingi
|
Menang
|
Muafakat Nasional
|
56
|
21
|
PKR
|
28
|
18
|
PAN
|
14
|
3
|
DAP
|
14
|
14
|
Nota1: Memandangkan PBBM keluar dari PH dan kemungkinan besar ditolak Muafakat Nasional dan PH, maka kerusi-kerusi yang ditandingi PBBM pada PRU14 akan dikekalkan dengan PH melalui parti komponen yang lain. Dalam ramalan di atas, PAN menggantikan PBBM
Nota2: Ramalan ini berdasarkan penjajaran sempadan PRU14
Menurut ramalan di atas, PH akan terus menerajui kerajaan negeri Selangor namun dengan majoriti yang berkurang apabila jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang meningkat daripada 5 kepada 21. Hal ini wajar dilihat sebagai sesuatu yang positif supaya proses semak dan imbang boleh dilaksanakan dengan lebih teliti. Jika PH menang dengan majoriti yang terlalu besar, ini akan mendorong kepada kurangnya kualiti perbahasan apabila semuanya akan dilihat menyokong sahaja agenda kerajaan negeri.
Menteri Besar PR dan PH telah menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi negeri Selangor sejak tahun 2008 lagi. Mereka ialah Khalid Ibrahim (2008-2014), Azmin Ali (2014-2018) dan Amirudin Shari (2018 hingga sekarang). Ketiga-tiganya adalah dari parti komponen PKR walaupun Azmin Ali telah keluar PKR dan menyertai PBBM dalam usaha menggulingkan kerajaan PH baru-baru ini.
Pelbagai agenda ekonomi yang inklusif dan mesra rakyat telah dilaksanakan, diteruskan dan ditambah-baik seperti skim air percuma, skim peduli sihat, bantuan perniagaan HIJRAH dan peruntukan bagi kesedaran kesihatan mental.
Selain itu, Selangor juga aktif dalam menarik pelaburan asing, usaha ke arah visi negeri pintar dan pengurusan bekalan air yang proaktif. Tambahan lagi, pendidikan agama Islam membentuk 14% daripada keseluruhan belanjawan yang diperuntukkan bagi membina maahad tahfiz, menggaji guru KAFA dan program tuisyen rakyat walaupun DAP sering ditohmah sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.
Bagi memastikan PH kekal menang di negeri Selangor dengan majoriti yang selesa, PH perlu bersiap-sedia dengan propaganda politik identiti yang dibawa oleh Muafakat Nasional. Fokus pada penyampaian komunikasi polisi yang dilaksanakan, visi negeri yang ingin dicapai dan hasil kerja yang dilakukan supaya rakyat nampak bahawa kerajaan negeri di bawah PH adalah sebuah kerajaan yang bekerja untuk rakyat, bukan sekadar membawa retorik kosong dan sentimen emosi.
Comments
Post a Comment