Posts

Showing posts with the label Lancaster

LAKE DISTRICT

Image
Salam semua! Hari ini aku sudah mula cuti musim panas sampai bulan Oktober dan memandangkan kerja aku hanyalah tanam anggur di rumah, maka aku ada banyak kesempatan untuk menyambung kembali penulisan blog yang nampak agak berhabuk. Topik kali ini ialah mengenai lawatan aku mencari ibrah kejadian di kawasan Lake District dan sekitar. Lake District ialah satu kawasan taman negara yang telah diwartakan dan menjadi satu tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan warga tempatan malahan pengembara dari luar. Aku mestilah terkejut sebab kebanyakan orang sangka Lancaster ini hanyalah bandar biasa yang tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada pelajar melainkan ranking universiti yang berada pada kedudukan 10 teratas UK. Untuk ke Lake District boleh menaiki bas dari stesen bas Lancaster dengan harga £10.80 bagi menjelajah seluruh negeri Cumbria dalam masa sehari. Tetapi jika inginkan keselesaan bolehlah sewa kereta (baca: aku naik kereta yang orang lain sewa dan bayarkan, ak...

Solat Pada Waktunya

Image
Aku sudah berjanji dengan semua untuk membeli apa yang Jimmy, Aiman dan Imran kirim. Setiap seorang wajib ada telur ayam dari Iceland. Selain itu, semua memesan barang yang boleh dibeli di Sainsbury. Jimmy ingin pizza, Imran pula hendak sosej.   Aku sepatutnya sudah habis kelas pada jam dua belas tapi tidak pulang memandangkan aku ada kelas Mandarin dan kefahaman wahyu bersama Li di Learning Zone Pod 1.Sedar atau tidak jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Kelas disambung minggu hadapan dan aku cepat-cepat ingin pergi ke kedai. Dalam perjalanan hendak ke perhentian bas aku perasan aku masih tidak bersolat maghrib lagi. Isya akan masuk pukul enam dua puluh petang. Aku yakin pasti sempat kerana tidaklah terlalu banyak barang yang ingin dibeli.   Gambar Hiasan: Lawatan sambil belajar di loteng rumah aku yang misteri di Dumbarton Road. Naik bas dan lima setengah sampailah ke destinasi persinggahan. Fikiran aku sentiasa teringatkan solat maghrib, ibadah kepada Tu...

Moorland Church

Image
Aku berjalan pulang dari kelas perakaunan petang itu, beberapa jam lagi sebelum kalendar hijrah mula bertukar tahun. Kaki melangkah agak pantas hendak mengejar waktu asar yang semakin singkat. Hampir semua orang berjalan laju menuju ke destinasi masing-masing. Ya, budaya positif masyarakat bumi Eropah. Kelihatan beberapa orang yang mengambil posisi masing-masing mengedarkan risalah kepada sesiapa yang lalu berdekatan mereka. Aku tidak terkecuali daripada terambil risalah itu. Kebiasaannya aku tidak akan membaca sehingga habis risalah yang aku dapat namun kali ini agak berbeza. Mata hitam aku menangkap beberapa perkataan penting dalam risalah itu ; ‘free food’ dan Dumbarton Road. Ya, makanan percuma hari ini di kawasan kejiranan aku! Aku gembira sekali memandangkan aku sedang dalam langkah penjimatan sementara menunggu wang bulan hadapan masuk ke dalam perut akaun bank. Tapi, aktiviti ini akan diadakan di dalam gereja Moorland. Aku tidak kisah sangat mengenai salib, kristian dan gereja...