Solat Pada Waktunya

Aku sudah berjanji dengan semua untuk membeli apa yang Jimmy, Aiman dan Imran kirim. Setiap seorang wajib ada telur ayam dari Iceland. Selain itu, semua memesan barang yang boleh dibeli di Sainsbury. Jimmy ingin pizza, Imran pula hendak sosej. 

Aku sepatutnya sudah habis kelas pada jam dua belas tapi tidak pulang memandangkan aku ada kelas Mandarin dan kefahaman wahyu bersama Li di Learning Zone Pod 1.Sedar atau tidak jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Kelas disambung minggu hadapan dan aku cepat-cepat ingin pergi ke kedai. Dalam perjalanan hendak ke perhentian bas aku perasan aku masih tidak bersolat maghrib lagi. Isya akan masuk pukul enam dua puluh petang. Aku yakin pasti sempat kerana tidaklah terlalu banyak barang yang ingin dibeli. 


Gambar Hiasan: Lawatan sambil belajar di loteng rumah aku yang misteri di Dumbarton Road.


Naik bas dan lima setengah sampailah ke destinasi persinggahan. Fikiran aku sentiasa teringatkan solat maghrib, ibadah kepada Tuhan yang paling agung masih belum didirikan. Aku cepat-cepat membayar di kaunter. Aku ingin sahaja terus pulang ke rumah berjalan kaki namun  telur ayam masih belum dibeli. Jam sudah pukul enam. Aku harus pantas. Kedai sudah hampir tutup tapi sempat juga aku menjadi pelanggan yang terakhir di Iceland pada hari itu. 
Gembira hati berjaya menunaikan janji. Solat maghrib! Berlari namun apakan daya beg yang dibawa amat berat dengan barangan dapur. Tiba-tiba mata aku terpandang satu sudut di tepi jalan seorang pengemis gelandangan yang aku selalu lihat hampir setiap kali melalui jalan itu. Dia diselubungi sellimut yang aku kira sudah tampak buruk dan lama. Aku berasa kasihan, apalah yang dia makan malam ini atau pun tengah hari tadi. Semua syiling yang ada dalam poket aku letak dalam cawan pengemis itu. Sempat lagi aku menyapa dan bertanya khabar. Dia kelihatan tenang dan gembira dan mendoakan aku yang baik-baik. Hati aku tenang dan seronok kalau dapat berkenalan dan berbaik dengan golongan gelandangan dan fakir. 

Oh, tujuh minit lagi sebelum Isya! Aku sudah meninggalkan pengemis itu dan mula mencari air. Aku sangka ingin beli air mineral di kedai namun apabila sudah sampai di kedai baru aku perasan aku telah memberi semua wang aku kepada pengemis tadi. Tidak mahu berputus asa mahu berwudhu, aku melangkah masuk ke dalam restoran China dan tanpa segan meminta secawan air kosong di bar arak. Ya, pelayan arak memberi aku secawan air untuk berwudhu. Aku mengucapkan terima kasih dengan hati yang sangat bahagia. Alhamdulillah sempat mengambil wudhu dan bersolat maghrib tiga minit sebelum Isya. 

Ibrahnya :


1) Jangan tangguh solat. Ada surau pergi terus tunaikan.

2) Ada duit atau makanan lebih tu, rajin rajinlah bersedekah dan menderma kepada mereka yang memerlukan lebih daripada kita
3) Kita wajib bersangka baik dengan semua orang. 

Selamat beramal =)

Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement