Posts

Showing posts with the label malaysia

MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 JUGA YANG PERTAMA..

Image
MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 Dalam PRU-14, DAP berjaya memperoleh semua 16 kerusi yang dipertandingkan daripada jumlah 56 kerusi. Ini menjadikan DAP mempunyai 29% kerusi, parti komponen kerajaan terbesar di Selangor selepas PKR yang memegang sebanyak 32% atau 18 kerusi manakala AMANAH mempunyai 8 kerusi DUN. Ini menjadikan jumlah kerusi Pakatan Harapan sebanyak 42 daripada 56 kerusi atau 75%  keseluruhan DUN, lebih daripada 2/3 majoriti. Selangor merupakan negeri yang berbilang kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu 60%, Cina 27% dan India 12% manakala lain-lain 1%. Namun begitu, jawatan Menteri Besar Selangor sebagai ketua kerajaan negeri sejak 1947 seramai 16 orang terdiri daripada lelaki, Melayu dan Muslim. Belum pernah kita dapat merasai pentadbiran diketuai oleh seorang wanita, hindu/buddha/kristian atau cina/india. Sudah tiba masa untuk kita mengambil kira masyarakat yang rencam sosio-demografi-ekonomi bagi meraikan kepelbagaian yang kita punyai ini. Syarikat multinasio...

ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI

Image
ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI Menurut Jabatan Statistik Malaysia, komposisi kaum di Selangor ialah 60% Melayu, 27% Cina, 12% India dan 1% lain-lain. Manakala agama-agama utama yang menjadi anutan rakyat Selangor ialah Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian. Di kawasan bandar Kajang sahaja terdapat gereja, kuil, tokong, masjid dan gurdwara yang berdekatan antara satu sama lain. Masuk sahaja bandar Kajang, ada kedai India yang menjual bunga segar, Cina yang menjual biskut dalam tin dan Melayu yang menjual sate. Kajang tidaklah semaju saudaranya di Petaling Jaya, Subang Jaya mahupun Shah Alam walaupun jaraknya 20 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Mutakhir ini banyak kedengaran bahawa sekolah-sekolah didominasi satu kaum sahaja. Kalau di pantai timur yang mana komposisi orang Melayunya hampir 100% itu tidak menghairankan kerana memang itu keadaannya. Akan tetapi jika berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Semasa berse...

DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA

DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA Pahang ialah negeri pantai timur yang bersempadan dengan Selangor mempunyai jumlah penduduk seramai 1.7 juta orang. Ekonomi Pahang disumbang oleh tanaman sawit, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran selain perkhidmatan pelancongan dan pemprosesan hasil sayuran.  Pada PRU-14 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Parti Islam se-Malaysia (PAS) pula hanya memenangi 8 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Namun, kejayaan PAS ini adalah lebih baik berbanding dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Peribumi Bersayu Malaysia (PBBM) yang kalah semua 22 kerusi yang ditandingi. Hampir kesemua calon PBBM kehilangan wang deposit manakala AMANAH kehilangan 3 deposit kerusi DUN apabila mendapat kurang daripada 1 per 8 jumlah undi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah memenangi 7 daripad...

Episod 1 Kembara Easter Break 2016

Image
Sekarang baru datang mood untuk aku menulis mengenai satu trip kembara Eropah. Pengembaraan aku bermula dengan perjalanan dari Lancaster ke Bristol untuk melawat Naufal yang sedang belajar di Universiti Bristol. Aku memang sengaja nak pusing Bandar di UK yang mana sempat sebelum meneruskan kembara yang lebih besar di German, Hungary, Greece dan Netherland. Aku singgah Bristol tiga hari 19-21/3/2016. Kebetulan Persatuan Malaysia dan Singapura Bristol ada buat malam gala, so aku pun beli la tiket £10. Aku memang sokong sebab nampak usaha mereka yang begitu bersungguh-sungguh bagi menjayakan malam yang aku kira mendapat sambutan ramai. Naufal memegang watak seorang ayah dalam pementasan drama, aku okay je rasa sebab aku tahu aku berlakon macam kayu. Tapi aku tahu dia berlakon dengan baik. Haa yang menariknya kawan-kawan aku dari MKIC pun ramai yang datang, tapi kali ni semua perempuan sebab Lin and Min memang study situ. Oh dan lawatan aku di bandar Bristol bersama sedozen rakan wanit...

LAKE DISTRICT

Image
Salam semua! Hari ini aku sudah mula cuti musim panas sampai bulan Oktober dan memandangkan kerja aku hanyalah tanam anggur di rumah, maka aku ada banyak kesempatan untuk menyambung kembali penulisan blog yang nampak agak berhabuk. Topik kali ini ialah mengenai lawatan aku mencari ibrah kejadian di kawasan Lake District dan sekitar. Lake District ialah satu kawasan taman negara yang telah diwartakan dan menjadi satu tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan warga tempatan malahan pengembara dari luar. Aku mestilah terkejut sebab kebanyakan orang sangka Lancaster ini hanyalah bandar biasa yang tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada pelajar melainkan ranking universiti yang berada pada kedudukan 10 teratas UK. Untuk ke Lake District boleh menaiki bas dari stesen bas Lancaster dengan harga £10.80 bagi menjelajah seluruh negeri Cumbria dalam masa sehari. Tetapi jika inginkan keselesaan bolehlah sewa kereta (baca: aku naik kereta yang orang lain sewa dan bayarkan, ak...