Episod 1 Kembara Easter Break 2016

Sekarang baru datang mood untuk aku menulis mengenai satu trip kembara Eropah. Pengembaraan aku bermula dengan perjalanan dari Lancaster ke Bristol untuk melawat Naufal yang sedang belajar di Universiti Bristol. Aku memang sengaja nak pusing Bandar di UK yang mana sempat sebelum meneruskan kembara yang lebih besar di German, Hungary, Greece dan Netherland. Aku singgah Bristol tiga hari 19-21/3/2016.
Kebetulan Persatuan Malaysia dan Singapura Bristol ada buat malam gala, so aku pun beli la tiket £10. Aku memang sokong sebab nampak usaha mereka yang begitu bersungguh-sungguh bagi menjayakan malam yang aku kira mendapat sambutan ramai.
Naufal memegang watak seorang ayah dalam pementasan drama, aku okay je rasa sebab aku tahu aku berlakon macam kayu. Tapi aku tahu dia berlakon dengan baik. Haa yang menariknya kawan-kawan aku dari MKIC pun ramai yang datang, tapi kali ni semua perempuan sebab Lin and Min memang study situ. Oh dan lawatan aku di bandar Bristol bersama sedozen rakan wanita MKIC tahu!
Half an hour before bus departure aku still rileks makan kfc with les ladies.

Aku suka gila bridge ni sebab ada satu sudut gua yang khusus untuk pembaca buku bersantai 

A dozen ladies and Im just like in 'if I can't beat them I must join them"  situation.
 
well ini posing after kami menggelungsur turun one by one, yes sliding. 

I must say that Bristol is quite big, mehh don't compare with Lancaster.

The view is not really stunning though but a good one for first time visit. 

Halal Restaurant everywhere in Bristol yo


Nampak tak I was just like left behind there even Im the only man like gems in mud.



This one is good for Malaysian students magazine cover =)


Gambar di atas kisah seharian jalan kaki di bandar Bristol. Mungkin tujuan aku nak melawat kawan so tak dapat nak describe historically or important events for every place that I go. Thats why i simply put them in photos. xoxo. 

 Tajuk baru kehidupan aku bermula apabila ternampak satu kedai yang telah mencuri hati aku, Forbidden Planet. Nak tahu kedai apa ni? Kedai ni jual segala macam grafik novel (senang kata komik haha), patung aksi dan banyak lagi peralatan dari filem dan novel yang ada. Aku ni ada duit tak tahu nak belanja kat mana so aku beli la komik pertama aku, Justice League Volume 1 The New 52, £13 lebih kurang. Seronok tu bukan main. Komik dia cantik, maklumlah aku ni memang gemar mengumpul buku untuk dijadikan hiasan kat rak buku rumah. Aku simpan impian tatkala aku tengok ratusan lagi komik lain yang aku kira kalau kumpul semua boleh cecah puluh ribu ringgit untuk dibeli waktu akan datang. Aku sedar banyak lagi keutamaan lain yang aku harus laksanakan. Beli ni pun lima minit sebelum bas berlepas dari Bristol University menuju ke bandar yang seterusnya, Colchester. Dapatlah belajar satu dua benda, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Untuk pengetahuan, aku tinggalkan beg roda dan beg galas yang berat semacam tepi jalan yang ramai orang. Sebab nak ke Forbidden Planet kena seberang jalan dan tak cukup masa kalau bawak beg. Memang risau tapi aku meletakkan kepercayaan kepada Tuhan untuk melindungi beg aku. Lagipun, ada lah aku beritahu minah saleh sebelah aku yang aku nak pergi beli komik sekejap. Dah tawakkal tapi tak sembahyang lagi? Alamak aku tak solat jamak Zohor Asar lagi nanti sampai London dah Maghrib. Komik ni harus tapi sebab dia melalaikan waktu tu so apa hukum dia agak-agak? Anda sendiri mampu menjawabnya hehe. Aku dengan tawakkal yang tinggi lagi kepada Allah cepat-cepat cari tandas dalam Sainsbury’s atau Tesco kalau tak silap aku yang terletak di hadapan perhentian bas. Tandas ni punyalah penting untuk pengembara macam aku ni lagi-lagi pengembara bajet rendah. Dah niat khuf senang, tak payah nak tanggalkan kasut. Tapi kalau daha luma nak niat khuf sebelum keluar rumah tu, memang nayalah kena buka stoking dan kasut untuk basuh kaki. Punyalah kedekut masa tu tak mahu beli air buat wudhu. Sudahnya toilet tak jumpa, beli jugaklah air mineral akhirnya. Bas pun sampai dan aku solat dengan tenang dalam bas, lepas tu menikmati bacaan novel grafik pertama aku.

Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement