Posts

Showing posts with the label muafakat nasional

NEGERI YANG DIPANDANG SEPI

Image
NEGERI YANG DIPANDANG SEPI Perlis ialah negeri yang paling kecil di Tanah Melayu. Sekali sahaja saya pernah masuk ke Perlis, itu pun sebab hendak ke Phattalung, Thailand melalui Padang Besar. Kalau tidak, mungkin saya pun tidak pernah datang ke negeri ini. Perlis hanya mempunyai sekitar 260,000 penduduk pada tahun 2019, bersamaan dua kawasan parlimen di Selangor. Perlis mempunyai 15 DUN dengan purata 10,000 orang pengundi di setiap DUN, menjadikannya paling rendah di peringkat Tanah Melayu. Separuh DUN mempunyai kurang daripada 10,000 pengundi dengan N4 Mata Ayer hanya mempunyai 7,600 pengundi. Saya merasakan adalah lebih baik jika pentadbiran di peringkat negeri Perlis digabungkan dengan negeri Kedah sekiranya   boleh mencapai kadar kecekapan dan economies of scale yang lebih baik berbanding Perlis bersendirian. Perlis kekal di bawah BN apabila memenangi dua per tiga atau 10 dari 15 kerusi DUN. Baki 2 ialah PAS dan PKR menguasai baki 3 kerusi. DAP, PBBM dan AMANAH kalah di s...

DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA

DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA Pahang ialah negeri pantai timur yang bersempadan dengan Selangor mempunyai jumlah penduduk seramai 1.7 juta orang. Ekonomi Pahang disumbang oleh tanaman sawit, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran selain perkhidmatan pelancongan dan pemprosesan hasil sayuran.  Pada PRU-14 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Parti Islam se-Malaysia (PAS) pula hanya memenangi 8 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Namun, kejayaan PAS ini adalah lebih baik berbanding dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Peribumi Bersayu Malaysia (PBBM) yang kalah semua 22 kerusi yang ditandingi. Hampir kesemua calon PBBM kehilangan wang deposit manakala AMANAH kehilangan 3 deposit kerusi DUN apabila mendapat kurang daripada 1 per 8 jumlah undi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah memenangi 7 daripad...

PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?

Image
PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU?  Hari mengundi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah menyaksikan status quo dikekalkan apabila kerajaan negeri Selangor sebelum itu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) menang besar 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meningkat daripada 44 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan 32 kerusi pada PRU12.   PH di Selangor terbentuk daripada PKR, DAP, PAN dan PBBM. PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbubar apabila terdapat perselisihan faham antara PAS dan DAP. Namun, terdapat sebahagian ADUN PAS yang masih meletakkan kepercayaan kepada pakatan itu lantas membentuk parti serpihan baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka lebih selesa digelar dengan AMANAH, tapi saya eja PAN dalam rencana ini kerana lebih pendek. Keputusan PRU14 negeri Selangor adalah seperti berikut: Parti Kerusi Ditandingi    Menang DA...