DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA

DARUL MAKMUR PAHANG YANG PUNYA

Pahang ialah negeri pantai timur yang bersempadan dengan Selangor mempunyai jumlah penduduk seramai 1.7 juta orang. Ekonomi Pahang disumbang oleh tanaman sawit, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran selain perkhidmatan pelancongan dan pemprosesan hasil sayuran. 

Pada PRU-14 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Parti Islam se-Malaysia (PAS) pula hanya memenangi 8 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Namun, kejayaan PAS ini adalah lebih baik berbanding dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Peribumi Bersayu Malaysia (PBBM) yang kalah semua 22 kerusi yang ditandingi. Hampir kesemua calon PBBM kehilangan wang deposit manakala AMANAH kehilangan 3 deposit kerusi DUN apabila mendapat kurang daripada 1 per 8 jumlah undi.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah memenangi 7 daripada 8 kerusi yang dipertandingkan. Kawasan yang ditandingi DAP semuanya mempunyai majoriti cina kecuali N20 Pulau Manis yang mempunyai 90% orang Melayu. Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu kebanyakannya menolak DAP apabila calon Abu Bakar Lebai Sudin bukan sahaja kalah, bahkan kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 10.3% undi.

PRU-15 paling lambat akan diadakan pada tahun 2023. Ketidakstabilan politik di peringkat Persekutuan pada Februari 2020 telah menyaksikan keluarnya PPBM dari PH. Walaupun situasi ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran kerajaan di negeri-negeri lain, Pahang kekal stabil kerana PBBM tidak diterima oleh rakyat negeri Pahang lantas tiada kesan ke atas pentadbiran semasa Pahang.

PAS dan UMNO juga telah membentuk Muafakat Nasional (MN). Berdasarkan keputusan PRU-14, PKR akan kehilangan N13 Semambu manakala DAP akan kalah N35 Sabai pada PRU-15. AMANAH tidak akan mampu untuk memenangi sebarang kerusi lebih-lebih lagi dengan wujudnya Muafakat Nasional. PAS akan mempunyai 11 kerusi manakala UMNO akan menang 24 kerusi lantas mengekalkan kerajaan negeri Pahang di bawah BN bersama PAS. PBBM dilihat sebagai tiada hala tuju dan bakal hilang dari Pahang kerana sudah pasti UMNO dan PAS tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada PBBM yang dilihat sebagai tidak relevan.

Penulis mempunyai darah keturunan Pahang dari sebelah ibu. 

Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement