LAKE DISTRICT

Salam semua!

Hari ini aku sudah mula cuti musim panas sampai bulan Oktober dan memandangkan kerja aku hanyalah tanam anggur di rumah, maka aku ada banyak kesempatan untuk menyambung kembali penulisan blog yang nampak agak berhabuk.

Topik kali ini ialah mengenai lawatan aku mencari ibrah kejadian di kawasan Lake District dan sekitar. Lake District ialah satu kawasan taman negara yang telah diwartakan dan menjadi satu tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan warga tempatan malahan pengembara dari luar. Aku mestilah terkejut sebab kebanyakan orang sangka Lancaster ini hanyalah bandar biasa yang tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada pelajar melainkan ranking universiti yang berada pada kedudukan 10 teratas UK.

Untuk ke Lake District boleh menaiki bas dari stesen bas Lancaster dengan harga £10.80 bagi menjelajah seluruh negeri Cumbria dalam masa sehari. Tetapi jika inginkan keselesaan bolehlah sewa kereta (baca: aku naik kereta yang orang lain sewa dan bayarkan, aku cuma jadi co-driver hehe).

Sejak setahun mengaji di Lancaster, adalah aku jenguk Lake District ni tiga kali, dua kali naik bas, sekali naik kereta, sekali sorang-sorang, dua kali secara berkumpulan.

Lake District terletak di utara Lancaster dengan pekan terdekatnya, Kendal mengambil masa setengah jam memandu dan yang terjauh, Keswick selama dua jam setengah. Kawasannya sangat luas, tidak sempat untuk menikmati semuanya dalam masa satu hari. Antara pekan yang ada di Lake District ialah Kendal, Windermere, Ambleside, Grasmere Village dan Keswick.

Kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk menikmati pandangan yang cantik dan melakukan aktiviti lasak seperti mendaki, berjalan dan berkayak. Kami tidak melakukan aktiviti lasak kerana ketika itu ialah pada bulan ramadan dan semua orang saya kira berpuasa.

Duduk berehat sebentar sambil menikmati pemandangan indah di Lake District

Kendal ialah pekan bersejarah yang agak unik kerana masih mengekalkan corak seni bina zaman dahulu dan masih mempunyai istana walaupun cuma tinggal runtuhan. Menariknya, persatuan sivik di UK agak aktif dalam memainkan peranan melindungi dan menyebarkan kesedaran awam sama ada tempat bersejarah, tanah perkuburan dan banyak lagi. Sebab aku rasa kat Malaysia belajar pendidikan sivik ikut silibus dan untuk peperiksaan sahaja, bukan pada aplikasi. Yang tidak menarik pula pekannya agak kecil dan aku yakin ramai orang sini yang shopping barang online hahaha.


Ini antara runtuhan ustana yang tinggal, nampak sayup-sayup pekan raja Lancashire dulu-dulu.




Nampak macam Stonehenge tak? Jeng jeng jeng..

Yeah result exam tu bagus sangat ke seronok sakan tu!!



Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement