CADANGAN TAMBAH BAIK SERVIS BAS SMART SELANGOR

Artikel kali ini akan merumuskan penemuan laporan audit ke atas program Bas Smart Selangor.

Cabaran 1

Tidak ada infrastruktur sokongan yang lengkap. Jika ditinjau ke hentian bas, hanya tiang tanda yang disediakan bersama maklumat laluan bas. Rakyat terdedah dengan hujan lebat, terik panas. Lebih-lebih lagi tiada laluan pejalan kaki ke hentian bas. Hentian bas ini pula diletakkan di kawasan yang tidak sesuai seperti simpang keluar, selekoh dan tiada susur bas berhenti. Saya sudah menjenguk ke laman sesawang Smart Selangor dan melihat reka bentuk yang lebih moden untuk pondok hentian bas.

Solusi 1

Meningkatkan peruntukan bagi membina pondok bas yang laluan pejalan kaki yang praktikal

Cabaran 2

PBT tidak melaksanakan pemantauan berkala ke atas operator oleh kerana kekurangan staff menyebabkan perkhidmatan bas ini terdedah kepada manipulasi oleh operator bas.

Solusi 2

Menambah staff atau mendapatkan sistem yang boleh memantau aktiviti operator bas dengan real time data. Kos meningkat.

Cabaran 3

Hanya terdapat 15 daripada 42 bas yang mempunyai Sistem Pengiraan Penumpang yang tepat. Selebihnya menggunakan kiraan manual. Hal ini menyebabkan terdedh kepada manipulasi oleh operator bas.

Solusi 3

Peningkatan kos bagi pemasangan sistem memang tidak dapat dielakkan dan harus diambil kira sebelum pelaksaan apa-apa polisi pun.

Cabaran 4

PBT tidak mempunyai rekod aduan pengguna dan ini menyebabkan masalah-masalah utama seperti kelewatan bas tidak dapat diselesaikan.

Solusi 4

Membentuk sistem aduan yang teratur dan bersistematik

Cabaran 5

Kesesakan jalan raya menyebabkan rakyat menunggu masa yang lama untuk bas sampai

Solusi 5

Meningkatkan kadar kekerapan dan mengkhususkan laluan bas di jalan raya

Cabaran 6

Bas Smart Selangor beroperasi di tempat yang tidak komersial menyebabkan inisiatif ini tidak dapat dirasai kebanyakan rakyat Selangor. Caj minimum juga wajar bagi menampung kos inisiatif ini dengan tujuan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam yang reliable pertama di negara.

Solusi 6

Meluaskan khidmat Bas Smart Selangor dari sekitar Lembah Klang ke Kuala Lumpur bagi meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam. Perlu mendapatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan.

 

Kita kena fikir polisi bagi memastikan rakyat mahu menggunakan pengangkutan awam sehingga tiada keperluan bagi membeli kereta. 

 


Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement