Pembinaan Pusat Sukan Rakyat Negeri Selangor
Kesedaran rakyat Malaysia mengenai penjagaan kesihatan
semakin meningkat. Tinjauan mendapati semakin ramai generasi millenial yang
melanggan perkhidmatan gim. Selain itu, semakin ramai juga pakar kesihatan
termasuklah para doktor, ahli sukan dan mereka yang mengamalkan gaya hidup
sihat mempromosikan gaya hidup sihat serta memberi nasihat dan tips-tips pemakanan seimbang.
Contohnya Dr Rafidah melalui laman sosial twitter-nya sentiasa menyeru agar
rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan pinggan suku-suku separuh; suku
karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran/buah-buahan. Begitu juga
dengan perkongsian Dr Imelda mengenai gaya hidup sihat untuk para wanita.
Perbuatan saling memberi nasihat dan ilmu mengenai penjagaan kesihatan amat
bertepatan dengan saranan al-Quran dalam Surah al-A’la ayat 9 yang bermaksud
‘maka berilah peringatan jika peringatan itu membawa kebaikan’.
Terdapat 24 zon di bawah kelolalan Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj). Penduduk Kajang pula lebih kurang dalam 350,000 orang. Namun begitu,
kemudahan pusat sukan yang disediakan oleh pihak MPKj amatlah sedikit dalam
memupuk budaya hidup sihat. Jika kita melawat laman sesawang MPKj, hanya
terdapat 2 gelanggang tennis, 2 gelanggang skuash, 4 gelanggang badminton, 1
balapan dan 1 padang. Jumlah ini jelas tidak mencukupi berdasarkan jumlah
penduduk Kajang kini. Oleh itu, saya mengesyorkan pihak MPKj agar berusaha
mendapatkan dana bagi membina 25 pusat sukan bagi kegunaan penduduk Kajang.
Setiap zon dengan pusat sukan masing-masing. Satu di pusat bandar yang lebih lengkap dan mempunyai lebih banyak pilihan. Dengan kos sekitar RM500,000 setiap zon dan RM2,000,000 bagi
pusat bandar, jumlah maksimum yang diperlukan MPKj hanyalah sekitar RM14 juta.
Hal ini boleh dicapai dengan 3 pemangkin utama:
- Kesedaran rakyat bahawa pentingnya penjagaan kesihatan yang meningkat namun tidak mempunyai akses kepada peralatan sukan yang setaraf dengan negara maju
- Penjagaan kesihatan menjadi agenda utama ahli politik yang meluluskan peruntukan dan penggubalan undang-undang
- Kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan bagi memastikan pusat sukan beroperasi dalam jangka masa panjang
Comments
Post a Comment