PRK N23 DUN CHINI

PRK N23 DUN CHINI 

ADUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada awal bulan Mei 2020 akibat serangan jantung. Arwah yang merupakan ADUN Barisan Nasional (BN) menang N23 Chini dalam PRU-14 Mei 2018 yang lalu dengan mendapat 47% undi, mengalahkan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang hanya mendapat 25% undi dan calon Pakatan Harapan (PH) dari parti komponen PKR, Mohamad Razali Ithnain yang kehilangan deposit kerana cuma mendapat 5% undi.

Deposit tidak akan dikembalikan jika mendapat jumlah undi yang kurang daripada 12.5% atau satu per lapan daripada jumlah pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dengan hari pengundian pada 4 Julai. Jumlah pengundi yang telah dikemaskini dengan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2019 ialah seramai 20,990 orang berbanding pada PRU-14 yang lalu seramai 21,251 orang.

BN telah menang dengan selesa dan allahyarham telah mempertahankan DUN Chini sejak PRU-11. N23 Chini mempunyai kawasan majoriti Melayu dengan komposisi sebanyak 90%, 9% lagi ialah Orang Asli. Memandangkan DUN Chini merupakan kubu kuat  BN, maka melalui persefahaman Muafakat Nasional, PAS tidak akan meletakkan calonnya pada PRK kali ini.

Kemungkinan besar akan ada pertandingan satu lawan satu antara calon UMNO dengan Pakatan Harapan jika tiada calon bebas yang hendak bertanding.

Saya menjangka peratusan keluar mengundi akan berkurangan akibat dari pandemik COVID-19 yang belum reda. Selain itu, BN sentiasa menang dalam setiap PRU dengan majoriti undi yang selesa serta tiada beza perubahan dalam pentadbiran kerajaan jika Pakatan Harapan menang kerana BN masih memegang majoriti DUN dan mentadbir kerajaan negeri Pahang.

Ianya satu keajaiban jika PH boleh menang, namun masih merupakan satu kejayaan yang besar jika dapat mengurangkan peratusan undi majoriti atau mampu untuk mendapatkan kembali wang deposit dalam PRK kali ini.

 


Sumber gambar: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang 

Comments

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement