Solat Pada Waktunya
Aku sudah berjanji dengan semua untuk membeli apa yang Jimmy, Aiman dan Imran kirim. Setiap seorang wajib ada telur ayam dari Iceland. Selain itu, semua memesan barang yang boleh dibeli di Sainsbury. Jimmy ingin pizza, Imran pula hendak sosej. Aku sepatutnya sudah habis kelas pada jam dua belas tapi tidak pulang memandangkan aku ada kelas Mandarin dan kefahaman wahyu bersama Li di Learning Zone Pod 1.Sedar atau tidak jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Kelas disambung minggu hadapan dan aku cepat-cepat ingin pergi ke kedai. Dalam perjalanan hendak ke perhentian bas aku perasan aku masih tidak bersolat maghrib lagi. Isya akan masuk pukul enam dua puluh petang. Aku yakin pasti sempat kerana tidaklah terlalu banyak barang yang ingin dibeli. Gambar Hiasan: Lawatan sambil belajar di loteng rumah aku yang misteri di Dumbarton Road. Naik bas dan lima setengah sampailah ke destinasi persinggahan. Fikiran aku sentiasa teringatkan solat maghrib, ibadah kepada Tuhan yang