Posts

Showing posts from October, 2021

Pelaburan ASB Dibuka Untuk Semua Kaum

Image
Apabila berbicara mengenai pelaburan di Malaysia, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan antara instrumen pelaburan yang sering dibincangkan dan agak popular, terutama dalam kalangan orang Melayu. Terdapat beberapa sebab kenapa ASB merupakan instrumen pelaburan yang menarik perhatian ramai. 1.       1) Tiada caj jualan (sales fee or upfront fee) setiap kali kita deposit masuk duit 2.       2) Harga tetap Ini bermakna pulangan ASB daripada pengagihan pendapatan (income distribution) bertindak seperti aset bebas risiko (risk-free asset) walaupun ASB ini banyak melabur dalam pasaran ekuiti tempatan yang mempunyai risiko yang tinggi. Siapa saja orang yang tidak mahu untuk melabur dalam aset bebas risiko yang mempunyai pulangan yang tinggi? Persoalan yang timbul ialah kenapa ASB ini ditubuhkan? ASB telah ditubuhkan pada 2 Januari 1990 dan ianya diuruskan syarikat pengurus unit amanah iaitu Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB). ASNB telah ditubuhkan pada 22 Mei 1979 dan ia di