PRU-15 NEGERI SELANGOR, KE MANA HALA TUJU? Hari mengundi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah menyaksikan status quo dikekalkan apabila kerajaan negeri Selangor sebelum itu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) menang besar 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meningkat daripada 44 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan 32 kerusi pada PRU12. PH di Selangor terbentuk daripada PKR, DAP, PAN dan PBBM. PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbubar apabila terdapat perselisihan faham antara PAS dan DAP. Namun, terdapat sebahagian ADUN PAS yang masih meletakkan kepercayaan kepada pakatan itu lantas membentuk parti serpihan baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka lebih selesa digelar dengan AMANAH, tapi saya eja PAN dalam rencana ini kerana lebih pendek. Keputusan PRU14 negeri Selangor adalah seperti berikut: Parti Kerusi Ditandingi Menang DA...