Posts

Showing posts from August, 2016

Episod 1 Kembara Easter Break 2016

Image
Sekarang baru datang mood untuk aku menulis mengenai satu trip kembara Eropah. Pengembaraan aku bermula dengan perjalanan dari Lancaster ke Bristol untuk melawat Naufal yang sedang belajar di Universiti Bristol. Aku memang sengaja nak pusing Bandar di UK yang mana sempat sebelum meneruskan kembara yang lebih besar di German, Hungary, Greece dan Netherland. Aku singgah Bristol tiga hari 19-21/3/2016. Kebetulan Persatuan Malaysia dan Singapura Bristol ada buat malam gala, so aku pun beli la tiket £10. Aku memang sokong sebab nampak usaha mereka yang begitu bersungguh-sungguh bagi menjayakan malam yang aku kira mendapat sambutan ramai. Naufal memegang watak seorang ayah dalam pementasan drama, aku okay je rasa sebab aku tahu aku berlakon macam kayu. Tapi aku tahu dia berlakon dengan baik. Haa yang menariknya kawan-kawan aku dari MKIC pun ramai yang datang, tapi kali ni semua perempuan sebab Lin and Min memang study situ. Oh dan lawatan aku di bandar Bristol bersama sedozen rakan wanit

LAKE DISTRICT

Image
Salam semua! Hari ini aku sudah mula cuti musim panas sampai bulan Oktober dan memandangkan kerja aku hanyalah tanam anggur di rumah, maka aku ada banyak kesempatan untuk menyambung kembali penulisan blog yang nampak agak berhabuk. Topik kali ini ialah mengenai lawatan aku mencari ibrah kejadian di kawasan Lake District dan sekitar. Lake District ialah satu kawasan taman negara yang telah diwartakan dan menjadi satu tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan warga tempatan malahan pengembara dari luar. Aku mestilah terkejut sebab kebanyakan orang sangka Lancaster ini hanyalah bandar biasa yang tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada pelajar melainkan ranking universiti yang berada pada kedudukan 10 teratas UK. Untuk ke Lake District boleh menaiki bas dari stesen bas Lancaster dengan harga £10.80 bagi menjelajah seluruh negeri Cumbria dalam masa sehari. Tetapi jika inginkan keselesaan bolehlah sewa kereta (baca: aku naik kereta yang orang lain sewa dan bayarkan, ak