Pengangkutan Awam di Selangor
Manusia secara asasnya mesti mempunyai kebebasan untuk bergerak. Tanpa kebebasan untuk bergerak, kita tidak dapat pergi menuntut ilmu, berniaga, kerja, melancong dan mendapatkan keperluan harian. Walaupun demikian, kebebasan ini ada batasannya. Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang mengganggu aturan masyarakat seperti merompak dan membunuh, kebebasan bergerak itu wajar ditarik daripada mereka. Kebebasan yang kita miliki menjadi kurang bermakna apabila kemudahan pengangkutan awam yang kurang efisien dan berintegrasi menjadi halangan kepada masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, jumlah masa perjalanan dari bandar Kajang ke pusat bandar Kuala Lumpur (MRT stesen Bukit Bintang) dapat dipendekkan kepada 30 minit. Kadar kekerapan pula ialah setiap 3 minit pada waktu puncak dengan menaiki MRT. Keadaan ini jauh lebih baik kerana di bandar Kajang sahaja terdapat 3 stesen MRT yang memudahkan penduduk sekitar Kajang untuk ke pusat bandar. Hal i