Posts

Showing posts from December, 2014

MARA KETENGAH International College

Image
24/10/2014 jumaat 1430 Aku penuntut MARA KETENGAH International College (MKIC) first batch dari Julai 2013 sampai Jun 2015. Buat program A-Level Cambridge. Dua tahun. Nama International tapi pelajar semua Melayu dan Bumiputera sahaja. Aku diberitahu nama asal ialah Kolej MARA KETENGAH. Siapalah yang pandai-pandai tukar nama menjadi MKIC. Tidak lama mana pun. Pejam celik pejam celik sekarang sudah Semester 3.   Dan sampai sekarang aku tak sangka dapat survive dengan subjek Accounting dan Economics. Aku ada sejarah hitam dengan buku ni. Adik-adik jangan beli yaa!! Semasa memohon Pinjaman Pelajaran MARA, aku pilih Sains Gunaan dan Bioteknologi di KMB. Takdir Allah, aku tak dapat apa yang aku nak. MARA menyah aku. Kecewa. Lara. Tapi sampai bila? Aku pun buat rayuan. Alhamdulillah dapat tapi bidang Accounting di MKIC dalam Bandar al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu.  Ini asrama. Campur muslimin dan muslimat ala UK. Hutan? Ya! Aku pun asalnya tak ki

UCAS Personal Statement

Bawah ini ialah personal statement (PS) aku. Mungkin sahaja berguna untuk adik-adik junior yang berkehendakkan contoh. Harap-harap Allah permudahkan urusan UCAS. Terima kasih Mr Smith, Akeem dan Christ yang sudi membantu aku melengkapkan PS ini. Aku mohon universiti di UK untuk jurusan Accounting and Finance sesi 2015. Mohon doa pembaca supaya pihak universiti menerima aku untuk menuntuk ilmu di sana. MKIC terbaik! (tiba-tiba XD). Mohon baca sambil makan bertih jagung. Bahasa Inggeris aku macam budak sekolah menengah : My passion in Mathematics developed at a time when I was not able to solve it. It makes me think that there must be a solution for every challenge that I face. Besides being involved in numerical equations in mathematics, I also love its complex combination with accounting and finance. It is a huge satisfaction being able to solve all the questions given. My interest in accounting and finance grew when I study Islamic Law in my school. As a Muslim, it is compulsor

Bidayah/ Beginning/Permulaan

Image
Baiklah, aku mula baru nak berjinak-jinak dengan penulisan blog. Buat awalnya aku mungkin cuma akan tulis hal-hal yang tidaklah begitu mencabar tahap intelektual memandangkan aku pun bukanlah seorang yang banyak ilmu. Aku akan tulis benda-benda biasa, untuk menajamkan teknik penulisan aku yang aku rasa pasti akan berguna juga satu hari nanti, insyaAllah. Aku cuba sebaik mungkin untuk menulis dalam bahasa Malaysia yang mengikut sepenuhnya hukum-hakam tatabahasa. Jujur aku langsung tidak mengharapkan berjuta-juta pembaca untuk mengisi masa menghadam artikel-artikel aku nanti, bukankah aku sudah nyatakan aku tidak cukup ilmu.  Aku hanyalah insan biasa, maka sesiapa yang terlihat akan kesalahan dalam penulisan aku secara isi atau bahasanya, tegurlah aku. Orang yang berjaya ialah orang yang boleh menerima kritikan. Akhir kalam, aku mungkin hanya aktif berblogging sewaktu musim cuti semester. Faham-faham sahajalah internet di kolej. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Siapa kata A-Level mudah?