MURTAD SATU PENGHINAAN KE ATAS AGAMA

MURTAD SATU PENGHINAAN KE ATAS AGAMA

FOLIO PENYELIDIKAN DIKEMUKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SILIBUS PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 1 2013


















DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD BIN MUHAMMAD MAHDI

(AC2013001)

BAWAH BIMBINGAN:

AMIRUDDIN BIN IBRAHIM








PENGAJIAN ISLAM

MARA KETENGAH INTERNATIONAL COLLEGE (MKIC)

DUNGUN

2013

1.1 PENDAHULUAN

Segala puji bagi tuhan Allah, Tuhan sekalian manusia yang telah membuka pintu hidayah kepada kita untuk menikmati nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan kita dapat menjaga nikmat tersebut dengan sebaiknya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutuskan kepada manusia serta tidak lupa juga kepada para sahabat, tabien dan seluruh umat Islam yang berusaha menegakkan syiar Islam,semoga Allah meredai kita semua.

Murtad merupakan salah satu daripada tujuh dosa-dosa dalam Islam. Allah menegaskan begitu banyak sekali dalam al-Quran akan azab yang akan menimpa kepada pelaku murtad. Murtad membawa implikasi yang sangat besar dalam satu-satu masyarakat. Namun begitu, tidak banyak yang boleh dilakukan terhadap pesalah laku murtad di Malaysia memandangkan  tiada hukuman yang telah disyariatkan dalam Islam dilaksanakan. Akta yang ada hanya memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit Malaysia dan lima kali sebatan.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab segenap lapisan masyarakat bagi membanteras gejala ini. Pihak kerajaan melalui Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat awam perlu berganding bahu dan bersatu hati mencapai kata sepakat dalam mencari jalan terbaik dan berterusan. Sesungguhnya kebenaran yang tidak berstrategi akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan ucapan syukur kepada Allah kerana dapat menyiapkan kajian ini walaupun ini merupakan kali pertama saya melakukan kajian penyelidikan yang berkaitan dengan agama. Sesungguhnya pengalaman ini amat membantu saya untuk melakukan penyelidikan pada masa hadapan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amiruddin Bin Ibrahim atas tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Akhirnya saya berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan masyarakat Islam keseluruhannya.

1.2 PERNYATAAN MASALAH
Ramai yang tidak tahu apa itu murtad. Bilangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah juga bukan sedikit di Malaysia ini. Tambahan pula isu yang terjadi sekarang ini ialah berleluasanya perkembangan fahaman Syiah dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang awam masih keliru sama ada golongan Syiah ini dikira murtad ataupun tidak. Dalam kalangan ulama sekalipun masih terdapat kekhilafan mengenai status Syiah. Namun begitu, kerajaan Malaysia berpendirian bahawa fahaman Syiah adalah sesat dan akan dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan. Gejala murtad dilihat semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan yang hidupnya jauh dari Islam akan tetapi turut dilakukan oleh golongan yang mencari kesenangan dan habuan dunia yang sementara. Selain Islam terdapat juga gejala murtad dalam agama Judais dan Kristian. Kedua-dua agama ini juga terdapat hukuman bagi pesalah laku murtad yang akan dibincangkan nanti.

1.3 PERSOALAN KAJIAN
                Merujuk pernyataan masalah yang telah dikemukakan di atas, persoalan kajian folio ini adalah seperti berikut:
1)    Apakah pengertian murtad?
2)    Sejauhmanakah Majlis Agama Islam negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menangani gejala murtad?
3)    Apakah hukuman bagi jenayah murtad dalam agama Judais dan Kristian?
4)    Apakah hukuman bagi pesalah laku murtad di Malaysia?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
             Objektif kajian ini adalah:
1)    Memberi penerangan tentang pengertian murtad.
2)    Mengetahui sejauhmanakah Majlis Agama Islam negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam menangani gejala murtad.
3)    Membandingkan hukuman jenayah murtad antara agama Islam, Kristian dan Judais.
4)    Mengetahui hukuman bagi pesalaj laku murtad di Malaysia.

ORGANISASI BAB FOLIO
Bab 1: Pengenalan
1.1  Pendahuluan
1.2  Pernyataan Masalah
1.3   Persoalan Kajian
1.4   Objektif Kajian

Bab 2: Pengertian Murtad
2.1 Pengertian Murtad Mengikut Bahasa
2.2 Pengertian Murtad Menurut Istilah

Bab 3: Seputar Isu Murtad
3.1 Kebebasan Berkeyakinan
3.2 Sejarah Murtad Zaman Rasulullah
3.3 Dalil La Ikroha Fiddin
3.4 Faktor-faktor Murtad

Bab 4: Hukuman Pesalah Murtad
4.1 Hukum Orang Murtad
4.2 Mayat Orang Murtad
4.3 Hukuman Terhadap Wanita Murtad
4.4 Murtad kerana Terpaksa

Bab 5: Murtad Di Malaysia
5.1 Mazhab Syafii Mazhab Rasmi Malaysia
5.2 Akta Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1984

Bab 7: Murtad Sudut Pandang Agama Samawi
7.1 Judais dan Murtad
7.2 Kristian dan Murtad

Bab 7: Langkah-Langkah Menangani Murtad
7.1 Individu
7.2 Keluarga
7.3 Masyarakat
7.4 Pemerintah

8.0 Penutup dan Kesimpulan

RUJUKAN
Abdul Hadi Awang. 1429/2008. Fahaman Dan Ideologi Umat Islam. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd.

Abdul Hadi Awang.1430/2009. Bagaimana Islam Memerintah Negara. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd.

Dan Brown. 1234/2003. The Da Vinci Code. London: Transworld Publishers.

Danial Zainal Abidin. 1433/2012. Islam The Misunderstood Religion. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.

Danial Zainal Abidin. 1433/2012. Quran Saintifik. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.

Gerald R. Mcdermott. 1432/2011. World Religions. Nashville, Tennesse: Thomas Nelson Inc.

Mohamad Norhakim. 1429/2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd.


Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho, Ali al-Syarbaji. 1431/2010. Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 8. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MARA KETENGAH International College

MENGENALI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

UCAS Personal Statement