Posts

Showing posts from June, 2020

MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 JUGA YANG PERTAMA..

Image
MENTERI BESAR SELANGOR KE-17 Dalam PRU-14, DAP berjaya memperoleh semua 16 kerusi yang dipertandingkan daripada jumlah 56 kerusi. Ini menjadikan DAP mempunyai 29% kerusi, parti komponen kerajaan terbesar di Selangor selepas PKR yang memegang sebanyak 32% atau 18 kerusi manakala AMANAH mempunyai 8 kerusi DUN. Ini menjadikan jumlah kerusi Pakatan Harapan sebanyak 42 daripada 56 kerusi atau 75%  keseluruhan DUN, lebih daripada 2/3 majoriti. Selangor merupakan negeri yang berbilang kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu 60%, Cina 27% dan India 12% manakala lain-lain 1%. Namun begitu, jawatan Menteri Besar Selangor sebagai ketua kerajaan negeri sejak 1947 seramai 16 orang terdiri daripada lelaki, Melayu dan Muslim. Belum pernah kita dapat merasai pentadbiran diketuai oleh seorang wanita, hindu/buddha/kristian atau cina/india. Sudah tiba masa untuk kita mengambil kira masyarakat yang rencam sosio-demografi-ekonomi bagi meraikan kepelbagaian yang kita punyai ini. Syarikat multinasional

BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR

Image
BUS RAPID TRANSIT (BRT) JOHOR Kerajaan Persekutuan melalui badan statutori Iskandar Region Development Authority (Irda) atau bahasa Melayunya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Badan berkanun ini dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Fungsi Irda ialah mengurus pelaburan dan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia di Johor. Ia dinamakan Iskandar sempena nama Sultan Johor ke-24, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Wilayah Iskandar Malaysia merangkumi sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Pengerang, Kluang dan Simpang Renggam. Populasi rakyat di Iskandar Malaysia dijangka mencecah sehingga tiga juta penduduk pada tahun 2025, lebih kurang separuh daripada keseluruhan penduduk Selangor. Projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) telah dilancarkan pada tahun 2017 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang terdiri

PRK N23 DUN CHINI

Image
PRK N23 DUN CHINI  ADUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada awal bulan Mei 2020 akibat serangan jantung. Arwah yang merupakan ADUN Barisan Nasional (BN) menang N23 Chini dalam PRU-14 Mei 2018 yang lalu dengan mendapat 47% undi, mengalahkan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang hanya mendapat 25% undi dan calon Pakatan Harapan (PH) dari parti komponen PKR, Mohamad Razali Ithnain yang kehilangan deposit kerana cuma mendapat 5% undi. Deposit tidak akan dikembalikan jika mendapat jumlah undi yang kurang daripada 12.5% atau satu per lapan daripada jumlah pengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dengan hari pengundian pada 4 Julai. Jumlah pengundi yang telah dikemaskini dengan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2019 ialah seramai 20,990 orang berbanding pada PRU-14 yang lalu seramai 21,251 orang. BN telah menang dengan selesa dan allahyarham telah mempertahankan DUN Chini sejak PRU-11. N23 Chini mempunyai kawasan maj

ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI

Image
ANTARA BAHASA, SEKOLAH DAN SELANGORKINI Menurut Jabatan Statistik Malaysia, komposisi kaum di Selangor ialah 60% Melayu, 27% Cina, 12% India dan 1% lain-lain. Manakala agama-agama utama yang menjadi anutan rakyat Selangor ialah Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian. Di kawasan bandar Kajang sahaja terdapat gereja, kuil, tokong, masjid dan gurdwara yang berdekatan antara satu sama lain. Masuk sahaja bandar Kajang, ada kedai India yang menjual bunga segar, Cina yang menjual biskut dalam tin dan Melayu yang menjual sate. Kajang tidaklah semaju saudaranya di Petaling Jaya, Subang Jaya mahupun Shah Alam walaupun jaraknya 20 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Mutakhir ini banyak kedengaran bahawa sekolah-sekolah didominasi satu kaum sahaja. Kalau di pantai timur yang mana komposisi orang Melayunya hampir 100% itu tidak menghairankan kerana memang itu keadaannya. Akan tetapi jika berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Semasa berse