Posts

Moorland Church

Image
Aku berjalan pulang dari kelas perakaunan petang itu, beberapa jam lagi sebelum kalendar hijrah mula bertukar tahun. Kaki melangkah agak pantas hendak mengejar waktu asar yang semakin singkat. Hampir semua orang berjalan laju menuju ke destinasi masing-masing. Ya, budaya positif masyarakat bumi Eropah. Kelihatan beberapa orang yang mengambil posisi masing-masing mengedarkan risalah kepada sesiapa yang lalu berdekatan mereka. Aku tidak terkecuali daripada terambil risalah itu. Kebiasaannya aku tidak akan membaca sehingga habis risalah yang aku dapat namun kali ini agak berbeza. Mata hitam aku menangkap beberapa perkataan penting dalam risalah itu ; ‘free food’ dan Dumbarton Road. Ya, makanan percuma hari ini di kawasan kejiranan aku! Aku gembira sekali memandangkan aku sedang dalam langkah penjimatan sementara menunggu wang bulan hadapan masuk ke dalam perut akaun bank. Tapi, aktiviti ini akan diadakan di dalam gereja Moorland. Aku tidak kisah sangat mengenai salib, kristian dan gereja...

MURTAD SATU PENGHINAAN KE ATAS AGAMA

MURTAD SATU PENGHINAAN KE ATAS AGAMA FOLIO PENYELIDIKAN DIKEMUKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SILIBUS PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 1 2013 DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD BIN MUHAMMAD MAHDI (AC2013001) BAWAH BIMBINGAN: AMIRUDDIN BIN IBRAHIM PENGAJIAN ISLAM MARA KETENGAH INTERNATIONAL COLLEGE (MKIC) DUNGUN 2013 1.1 PENDAHULUAN Segala puji bagi tuhan Allah, Tuhan sekalian manusia yang telah membuka pintu hidayah kepada kita untuk menikmati nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan kita dapat menjaga nikmat tersebut dengan sebaiknya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutuskan kepada manusia serta tidak lupa juga kepada para sahabat, tabien dan seluruh umat Islam yang berusaha menegakkan syiar Islam,semoga Allah meredai kita semua. Murtad merupakan salah satu daripada tujuh dosa-dosa dalam Islam. Allah menegaskan begitu banyak sekali dalam al-Quran akan azab...

MARA KETENGAH International College

Image
24/10/2014 jumaat 1430 Aku penuntut MARA KETENGAH International College (MKIC) first batch dari Julai 2013 sampai Jun 2015. Buat program A-Level Cambridge. Dua tahun. Nama International tapi pelajar semua Melayu dan Bumiputera sahaja. Aku diberitahu nama asal ialah Kolej MARA KETENGAH. Siapalah yang pandai-pandai tukar nama menjadi MKIC. Tidak lama mana pun. Pejam celik pejam celik sekarang sudah Semester 3.   Dan sampai sekarang aku tak sangka dapat survive dengan subjek Accounting dan Economics. Aku ada sejarah hitam dengan buku ni. Adik-adik jangan beli yaa!! Semasa memohon Pinjaman Pelajaran MARA, aku pilih Sains Gunaan dan Bioteknologi di KMB. Takdir Allah, aku tak dapat apa yang aku nak. MARA menyah aku. Kecewa. Lara. Tapi sampai bila? Aku pun buat rayuan. Alhamdulillah dapat tapi bidang Accounting di MKIC dalam Bandar al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu.  Ini asrama. Campur muslimin dan muslimat ala UK. Hutan? Ya! Aku pun asaln...

UCAS Personal Statement

Bawah ini ialah personal statement (PS) aku. Mungkin sahaja berguna untuk adik-adik junior yang berkehendakkan contoh. Harap-harap Allah permudahkan urusan UCAS. Terima kasih Mr Smith, Akeem dan Christ yang sudi membantu aku melengkapkan PS ini. Aku mohon universiti di UK untuk jurusan Accounting and Finance sesi 2015. Mohon doa pembaca supaya pihak universiti menerima aku untuk menuntuk ilmu di sana. MKIC terbaik! (tiba-tiba XD). Mohon baca sambil makan bertih jagung. Bahasa Inggeris aku macam budak sekolah menengah : My passion in Mathematics developed at a time when I was not able to solve it. It makes me think that there must be a solution for every challenge that I face. Besides being involved in numerical equations in mathematics, I also love its complex combination with accounting and finance. It is a huge satisfaction being able to solve all the questions given. My interest in accounting and finance grew when I study Islamic Law in my school. As a Muslim, it is compulsor...